Khamis, 27 Disember 2007

Sasaran awal 2008

1) Siapkan "research" sebelum Februari 2008 (dah hampir setahun tertangguh)
2) Nak mulakan pembacaan artikel-artikel berkaitan "proposal" bermula Januari 2008
3) Menyiapkan "PhD proposal" sebelum Ogos 2008
4) Nak memohon keahlian Malaysian Institute of Accountants
5) Menyiapkan modul satu hari untuk seminar perakaunan PKENP
6) Membuat persiapan untuk KIK

Jumaat, 21 Disember 2007

Sempurna - Andra & The Backbone

Kau begitu sempurna,
dimata ku kau begitu indah
Kau membuat diri ku,
akan selalu memuja mu

Disetiap langkah ku,
ku kan selalu memikirkan diri mu
Tak bisa ku bayangkan
hidup ku tanpa cinta mu

[#:]Janganlah kau tinggalkan diri ku,
takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersama mu ku akan bisa

[Reff:]Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku,
lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
sempurna... sempurna...

Kau genggam tangan ku,
saat diri ku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata,
dan hapus semua sesal ku

[#:]Janganlah kau tinggalkan diri ku,
takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersama mu ku akan bisa

[Reff:]Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku,
lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
sempurna... sempurna...

Khamis, 20 Disember 2007

Pulau Langkawi Disember 2007



Perjalanan – Keretapi Ekspres Langkawi
Tempat penginapan – Aseania Resort
Tempat Lawatan – Bird Paradise, Underwater World, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Cenang, Datai dan tempat beli-belah (beli coklat je…..)






Eisya Patah Tangan

Saya telah merancang sebuah percutian selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi (dari 16/12 – 18/12). Pada 13/12 Eisya terjatuh dari basikal (berlanggar dengan Nazim (anak jiran)). Katanya tangannya sakit.

Kebetulan pada 14/12 Wardah berurut dengan Mak Yang (tukang urut di Tronoh)maka saya minta beliau urutkan tangan Eisya. Pada 17/12 Eisya mengadu tangannya gatal, lalu saya bawa ke klinik. Di klinik doktor terus mengarahkan saya ke hospital untuk membuat x-ray tangan Eisya.
Di hospital tangan Eisya disahkan patah dan disimenkan separuh (kerana tangannya masih bengkak). Percutian ke Langkawi diteruskan kerana selepas ini kemungkinan sukar sedikit bercuti (Insya-Allah Wardah akan bersalin pada bulan April 2008)

Isnin, 10 Disember 2007

Kunci dah dapat tapi........

Kunci dah dapat tapi........





Rumah kami dah 100% siap, kunci telah pun diserahkan. Selepas pemeriksaan teliti dibuat oleh Wardah, maka banyaklah komen (lebih dari 20) dan pemaju di dalam proses membuat "final touch-up".





OC/ CF masih belum diperolehi. Hmmmmm....... letih menunggu.