Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan

Isnin, 31 Mei 2010

Kehilangan seorang manusia biasa


UiTM Perak "kehilangan" seorang manusia biasa yang memiliki jiwa dan idea yang luar biasa. Pengarah Kampus UiTM Perak, Professor Dato' Abdullah bin Mohd. Said telah berpindah ke jawatan Baru (Timbalan Naib Canselor HEP) di UiTM Malaysia berkuatkuasa 1 Jun 2010.

Saya doakan semoga beliau terus cemerlang di dalam kerjaya beliau dan terus menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan UiTM.

"Tiada apa yang istimewa di Perak. Semuanya biasa-biasa sahaja. Dengan perkara biasa-biasa ini lah yang menjadikan UiTM Perak luarbiasa". Antara petikan ucapan beliau sewaktu UiTM Perak dinobatkan sebagai pemenang Augerah Kualiti Naib Canselor.

Saya kagum dengan manusia "biasa" ini. Terima kasih kerana menabur bakti di UiTM Perak.

Jumaat, 8 Januari 2010

Tempoh penyesuaian


Agak sibuk kebelakangan ni. Eisya dan Sarah dah memasuki alam persekolahan (darjah 3 dan darjah 1). Semester baru di UiTM telah bermula.

Seronok kerana dapat mengajar semula cuma agak penat (bila berjalan dan berdiri agak lama terasa lenguh dibahagian kanan rusuk hadapan). Tulisan saya di papan putih semakin "kurang cantik" selepas pembedahan lepas.

Masa untuk berblog dan "FB" semakin terhad.

Khamis, 31 Disember 2009

Tugas dan Tanggungjawab Baru 2010


Alhamdulillah, setelah pelbagai kisah dan peristiwa akhirnya di penghujung 2009 semuanya baik.

Dua minggu lepas saya dihubungi oleh Timbalan Pengarah HEA UiTM Perak, Prof Madya Hajjah Kamsiah Sirat, meminta saya untuk menjadi Koordinator Ijazah Sarjana Muda Perakaunan menggantikan Tn. Hj Hatta Sapwan yang menyambung pengajian beliau ke peringkat Ijazah.

Saya menerima tanggungjawab ini kerana saya melihatnya sebagai suatu kepercayaan dari pihak pengurusan untuk menerajui suatu program.

Azam tahun 2010, sama seperti azam tahun-tahun terdahulu, untuk mempertingkatkan lagi komitmen, usaha dan memperbaiki kaedah pengajaran saya.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua di tahun 2010. Amin.

Ahad, 6 Disember 2009

Esok mula bekerja semula


Kesihatan saya belum pulih 100%. Diafragma sebelah kanan saya masih kebas (doktor kata ambil masa 6 bulan - 3 tahun untuk pulih sepenuhnya). Luka pembedahan dibelakang semakin pulih, kebasnya hampir hilang.

Saya masih belum boleh berjalan lama-lama atau berlari. Terasa "lenguh" dan sedikit sakit di bahagian bawah paru-paru sebelah kanan. Boleh ke nak bekerja? Saya seorang pendidik, kerja saya tidak memerlukan pergerakan yang terlalu banyak (tenaga pun tak banyak keluar).

Tambahan pula sekarang ni cuti semester, biasanya kami hanya mengemas kini nota-nota, membuat persiapan untk semester akan datang, berkursus, membuat soalan-soalan peperiksaan atau membaca artikel.

Kalau ikut gambar di atas, rasanya tiada masalah untuk "always give 100% at work".

Jumaat, 24 Julai 2009

Pindaan Cuti Pertengahan Semester UiTM




Gara-gara penularan wabak H1N1/ URTI/ ILI di UiTM (Perak, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Pahang), Naib Canselor Tan Sri Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah mengumumkan pindaan tempoh cuti pertengahan semester di kesemua sistem UiTM bermula dari 27 Julai 2009 hingga 2 Ogos 2009.

Implikasinya, saya tidak perlu menggantikan kelas. Alhamdulillah, tak perlu pelajar-pelajar saya kelam-kabut menghadiri kuliah malam atau kuliah hujung minggu.

Kepada pelajar-pelajar yang dijangkiti wabak H1N1/ URTI/ ILI, jaga kesihatan anda dan patuhi arahan isolasi/ kuarantin supaya anda semua cepat sembuh dan dapt meneruskan pengajian seperti biasa.

10 orang disahkan dijangkiti virus H1N1 di UiTM Perak

Dukacita dimaklumkan 10 orang pelajar UiTM Perak disahkan positif virus H1N1 dan dikuarantinkan di rumah masing-masing. Berita dihebahkan melalui sidang akhbar oleh EXCO Kesihatan Perak.

Saya mohon pembaca entri ini turut mendoakan pelajar-pelajar yang dijangkiti virus H1N1 dan ILI ini sembuh dan semoga Allah menjauhkan bala bencana ini dari kita semua.


Ertinya: Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuatu dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk.

Khamis, 23 Julai 2009

Alhamdulillah, tiada Virus H1N1 di UiTM Perak

Pagi ini kesemua kakitangan UiTM Perak diberi taklimat berkenaan penutupan UiTM Perak selama seminggu. UiTM Perak ditutup kerana penularan wabak URTI@ILI (Upper Respiratory Tract Infection@Ifluenza-Like Illnes). Hampir 200 orang pelajar dijangkiti virus ini.

Simptomnya hampir sama dengn virus H1N1 cuma suhu badan akibat demam tidak mencecah 38 darjah celsius dan impak dari sudut kesihatannya tidaklah akut seperti virus H1N1. Penularan wabak ini begitu cepat (dari 20 orang pelajar dijangkiti pada 20/7/2009 ke hapir 200 orang pada 22/7/2009). Kaedah isolasi/ kuarantin yang dijalankan tidak berkesan kerana sukar dilaksanakan (tiada fasiliti isolasi di UiTM Perak).

Untuk mengawal virus berkenaan dari merebak ke kawasan Seri Iskandar, UiTM Perak diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan. Sepanjang tempoh seminggu ini, UiTM akan melalui proses "cleaning" untuk membersih dan membasmi virus tersebut.

Seperti yang saya maklumkan dalam entri sebelum ini, berita yang dikhabarkan sebelum ini ceritanya agak kabur dan pelbagai versi. Dan lebih mendukacitakan laporan berita di media massa kurang tepat. Tiada pelajar UiTM Perak yang dimasukkan ke ICU kerana virus H1N1. Pelajar tersebut dimasukkan ke ICU kerana kemalangan jalanraya.

Apapun saya amat bersyukur kerana tiada virus H1N1 di UiTM Perak.

Alhamdulillah

Rabu, 22 Julai 2009

Virus Selsema Babi H1N1 di UiTM Perak

Ketika kuliah petang tadi (sekitar jam 3:00 petang), seorang kakitangan pentadbiran datang ke kelas saya dan membuat pengumuman tentang arahan Pengarah Kampus supaya pelajar-pelajar meninggalkan kampus selama seminggu dengan serta-merta. Pelajar-pelajar bersorak gembira kerana mendapat “cuti”.


Semua kuliah di UiTM Perak ditangguhkan selama seminggu kerana ada pelajar yang disahkan dijangkiti virus selsema babi H1N1. Berita penularan virus H1N1 ini telah dikhabarkan 2-3 hari yang lepas dan beberapa pelajar telah dikuarantin di asrama kerana mempunyai tanda-tanda dijangkiti virus tersebut.


Ceritanya agak kabur dan pelbagai versi. Apapun saya mohon kepada Allah semoga pelajar tersebut sembuh dan kami semua di UiTM Perak terhindar dari virus H1N1 tersebut. Amin.

Selasa, 21 Julai 2009

Bergurau dan serius

Ramai rakan saya mengatakan bahawa saya ni seorang yang kuat bergurau. Ada saja usikan (kalau bulan tak mengambang) tak kira siapa (pernah saya ter"bergurau" dengan dekan semasa perjumpaan dengan pensyarah perakaunan Uitm Perak).

Semalam diadakan perjumpaan mentor-mentee (pensyarah menjadi mentor kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran (CGPA di bawah 2.30)) .Semasa saya memberi khidmat konsultansi dan motivasi kepada pelajar tersebut, tiba-tiba datang seorang pensyarah dan berkata"Jangan percaya sangat cakap En. Zool ni, dia ni bukan betul sangat". (Saya agak rapat dengan pensyarah ini dan sering me"ngusik" beliau).

Isk.. Isk.. Isk.. Apa lah pensyarah ni. Nak bergurau pun agak-agak le. Pensyarah ni seorang yang lemah-lembut, bertudung labuh dan baik orangnya, cuma gurauan itu amat tidak kena pada tempatnya. Bila saya meletakkan diri saya ditempat pelajar tersebut pasti saya rasakan pensyarah-pensyarah ini tidak mengambil serius program mentor-mentee tersebut dan memperlekehkan dirinya.

Saya menjawab gurauan tersebut secara bersahaja, "Kalau saya tipu (mengenai teknik belajar, yang saya ceritakan kepada pelajar tersebut) saya takkan jadi pensyarah sekarang.Tapi itu teknik belajar yang saya gunakan, mungkin tak sesuai dengan awak (pelajar tersebut), tetapi teknik ini amat berkesan pada saya." Pelajar itu kelihatan yakin dengan saya.

Saya doakan mentee saya lebih bersemangat dalam pelajarannya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester ini.

Ahad, 3 Mei 2009

Fakulti Perakaunan UiTM Perak

Saya merasa begitu bertuah kerana diterima bekerja sebagai pensyarah di UiTM. Terima kasih kepada Prof. Dr. Juhari Samidi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mendidik anak bangsa.

Saya mendapat keputusan yang agak baik untuk Ijazah Sarjana Muda saya dan ditambah dengan 3 tahun pengalaman bekerja di lapangan (audit luar, audit dalam, pentadbiran dan akaun) berjaya menawan hati penemuduga-penemuduga ketika memohon jawatan pensyarah di ITM.

Saya pernah bercerita kepada pelajar-pelajar saya mengatakan bahawa kebanyakan pensyarah-pensyarah perakaunan di UiTM Perak terdiri dari mereka-mereka yang cemerlang di peringkat universiti pada suatu ketika dahulu kecuali saya. Saya memberikan beberapa nama pelajar cemerlang yang menjadi pensyarah mereka.

“Habis tu, macammana En. Zool jadi pensyarah?”. Dengan bersahaja saya menjawab, “Fakulti Perakaunan kekurangan pensyarah lelaki yang “handsome”, jadi UiTM terpaksa mengambil saya menjadi pensyarah untuk memenuhi kuota tersebut”.

Sepanjang berkhidmat di Fakulti Perakaunan UiTM Perak, saya telah berurusan dan bekerja dengan ramai rakan pensyarah yang memiliki pelbagai ragam dan kerenah. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan Allah. Kesemua pensyarah perakaunan di UiTM Perak memberi komitmen yang amat tinggi dalam menyelesaikan urusan/ projek/ aktiviti di UiTM Perak.

Ada dikalangan mereka telahpun berpindah ke UiTM kampus yang lain. Antaranya Dura, GG, Azlina, Azrul, Wan (sambung belajar) dan Fatma. Namun ibarat kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Pensyarah-pensyarah baru yang menggantikan mereka tidak kurang hebat komitmen dalam tugas mereka.

Saya merasa gembira dan seronok bekerja di Fakulti Perakaunan UiTM Perak.

Isnin, 13 April 2009

Program Kecemerlangan Akademik ke 15

Bersama antara pelajar-pelajar cemerlang bahagian 6 April 2009 (Alfi, Rozana, Afiqah, Naimah dan Isfahani)


Naimah, Enny dan Musang Terbang


Program Kecemerlangan Akademik ke 15 diadakan di Kem Nur Lembah Lenggong dari 11 – 13 April 2009. Antara yang terlibat termasuklah pensyarah-pensyarah Fakulti Perakaunan (sebagai penganjur dan fasilitator), pelajar-pelajar cemerlang bahagian 6 (sebagai fasilitator) dan pelajar-pelajar bahagian 2 hingga 5 (sebagai peserta).

Antara aktiviti-aktivitinya termasuklah sesi LDK, treasure hunt, jungle trekking dan flying fox. Pada saya program ini merupakan program PKA yang terbaik dari segi kesannya kepada pelajar. Pendekatan yang begitu efektif menggunakan rakan sebaya (pelajar cemerlang bahagian 6) sebagai fasilitator, lebih kepada berkongsi pengalaman secara "informal".

Selasa, 18 Mac 2008

Komputer baru..... Network???




Dapat komputer baru serba canggih.



Processor: AMD Athlon X2


Memory: 2 GB RAM


Operating System: Window VISTA Ent.



Sayangnya, network di sini asyik sangkut2.........