Rabu, 13 Ogos 2008

Naik buai Amniy dan kenduri arwah













Kak Jan dan Yob (sepupu) telah lama merancang untuk membuat majlis tahllil dan kenduri arwah (sememangnya Yob dan Kak Jan sering membuat kenduri sebelum menjelang Ramadhan) dan sempat menjemput Cho (semasa hayatnya). Apa yang berlaku pada 10 Ogos 2008 majlis tahlil dan kenduri arwah tersebut juga ditujukan buat arwah Cho.


.


Chu (makcik saya) mencadangkan supaya hari tersebut turut diadakan majlis naik buai Amniy dan kebetulan pada tarikh tersebut hampir dengan hari lahir Amru Alqais (anak Siti adik saya), maka majlis sambutan hari lahir turut diadakan. Dan saya turut tumpang sekaki kerana hari lahir saya pada 5 Ogos yang lepas (kes nak "cut cost" he.. he.. he..). Keknya kek Ultraman. Ultraman pun Ultraman lah janji free.......

Rabu, 30 Julai 2008

Prolog, Cho




Semenjak Mak sakit kuat kami adik-beradik kerap berjumpa dirumah Mak di hujung minggu. Bila berjumpa sememangnya kami tak pernah kering gusi, sentiasa ada isu untuk dijadikan bahan ketawa. Cho ada mengadu dengan Abang Teh yang kakinya bengkak. Abang Teh menyarankan agar Cho membuat pemeriksaan kesihatan lengkap kerana kaki bengkak antara simptom penyakit jantung.

.
Pada 21 Julai 2008 Cho membuat pemeriksaan lanjut di SJMC dan doctor mengesahkan tiga salur arterinya tersumbat (100%, 80% dan 60%). Doktor menyarankan Cho untuk membuat “bypass surgery”. Saya sempat berbual dengan Cho menerusi telefon pada 23 Julai 2008 dan Cho kata dia ok, nothing to worry. Saya pesan agar Cho banyak berehat. Cho discaj pada 25 Julai 2008.

.

Pada 25 Julai 2008 lebih kurang pukul 10 malam, Wardah mengingatkan saya untuk menelefon Cho bertanya khabar. Telefon bimbitnya tidak diangkat, bila saya telefon rumahnya Huda (adik bongsu saya) kata Cho dah tidur. Lalu saya berbual dengan Kak Nah bertanyakan khabar Cho dan tentang rawatan lanjut yang akan dibuat.

.

Pada jam 06:30 26 Julai 2008, Cho disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Cho kembai ke Rahmatullah











Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan, hanya amalan yang dibawa


.
Pada tarikh 26 Julai 2008 (waktu subuh) abang sulung saya Ahmad Zaini Alias (Cho) telah kembali ke Rahmatullah akibat serangan jantung. Kehilangan Cho amat saya rasai kerana saya banyak terhutang budi kepada Cho. Sejak dari zaman persekolahan (awal 80an), saya kerap berkunjung ke rumah Cho terutamanya ketika cuti sekolah.


.
Cho berkahwin dengan Kak Nah (dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata (Emi dan Dilah). Saya pernah menumpang dirumah Cho lebih kurang 4-5 tahun, bermula dari tahun 1995 hingga 2000 (dari zaman belajar (ADIA) hingga bekerja). Cho seorang yang bertanggungjawab. Cho menanggung pengajian saya ketika Diploma dan turut membantu saya ketika mencari pekerjaan, selayaknya beliau menjadi abang sulung saya.


.
Cho amat baik hati dan pemurah. Seorang yang senang hati. Wardah juga agak rapat dengan Cho hingga merasakan Cho macam abang kandungnya olehkerana perwatakan Cho itu sendiri (mudah didekati, suka bergurau dan suka menyakat).


.
Saya tidak dapat menahan sebak di dada terutamanya ketika Alang, Abang Teh, Andak dan saya memandikan jenazah Cho. Kenangan bersama semasa hayat Cho datang menerpa menyebabkan saya hampir teresak-esak hingga Abang Teh menegur saya (Cho dah tiada, yang kita mandikan ni hanya jasadnya).


.
Saya berdoa semoga Cho ditempatkan oleh bersama-sama dengan orang-orang yang beriman disisi Allah. Kepada yang membaca entri ini saya mohon untuk turut bersama-sama membaca surah Al-Fatihah buat Cho. Al-Fatihah.

Isnin, 14 Julai 2008

3 Julai 2008, Harijadi Eisya



Ayah tak beli jajan ke nak bagi kawan eisya masa harijadi eisya nanti? Masa di Tadika KEMAS Wardah dan saya meraikan harijadi eisya di sekolahnya dengan membawa kek dan jajan untuk kawan-kawannya. Kali ini lebih ringkas, jajan saya bawakan ke kelasnya untuk diagihkan kepada kawan-kawannya yang lain.
.
Kek kali ini dibuat oleh Wardah, sedapnya..... Hadiah, Princess jewel box + mug, princess wallet dan hiasan meja.

Jumaat, 4 Julai 2008

Abang Teh

Abang saya yang keempat dan bekerja sebagai Juru Audit di Jabatan Audit Negara. Kehidupannya ringkas dan dikurniakan Allah seramai 7 orang anak. Beliau mengambil tanggungjawab menjaga Mak (satu tugas yang berat).
.
Mak agak sukar bergerak, Abang Teh memandikan, mengubat luka mak, menyuntik insulin mak, membasuh najis dan sebagainya.
.
Kami adik-beradik ada bercadang untuk mengambil pembantu rumah, tetapi kebelakangan ini pembantu rumah agak sukar diperolehi.
.
Ya Allah permudahkanlah urusan kami sekeluarga. Amin.

Ahad, 29 Jun 2008

Berjalan-jalan bersama Amniy







28 Jun 2008, buat pertama kalinya kami sekeluarga (Wardah, Eisya, Sarah, Amniy dan saya) dapat berjalan-jalan (sambil membeli barang-barang keperluan) di Jaya Jusco Ipoh. Agak sukar buat Wardah kerana Amniy minum susu ibu sepenuhnya.



Selasa, 24 Jun 2008

Kucing lagi

Wardah dan saya sebenarnya telah serik memelihara kucing, tapi tak tahu kenapa, ada saja kucing yang singgah ke rumah kami. Terkini kami telah memberi makanan secara konsisten kepada 2 ekor kucing (mungkin dibuang orang dan keadaannya memang comot). Kami menggelarkan kedua-duanya tompok dan kuning.
.
Kata Siti (adik saya) mungkin kami ni rasi dengan kucing. Entahlah, ada makanan kami bagi kalau tiada kami diam je lah. Bermula 2 minggu sudah saya telah mula membeli makanan kucing semula.
.
Pada asalnya saya kasihankan kucing-kucing tersebut kerana pada hari sabtu dan ahad tiada kedai makan berhampiran yang beroperasi, jadi tiada makanan buat mereka. Saya pun membeli makanan kucing (biskut). Tetapi lama-kelamaan kucing-kucing tersebut terus kekal makan dirumah kami tidak lagi mencari makanan di kedai berhampiran.

Keadaan mak makin baik

Tadi saya ke Hospital Ipoh menghantar Kak Uda (kakak saya) untuk menjaga mak pada waktu siang. Waktu malam mak ditunggu oleh Huda (adik saya). Huda akan balik ke Shah Alam harini (esok mula bekerja semula).
.
Doktor kata mak semakin baik. Hati dan buah pinggangnya semakin pulih. Cuma terdapat pembuluh darah yang bengkak di dalam perut. Arwah Incik (kakak mak saya) pernah mengalami penyakit yang sama. Harap-harap ianya tidaklah serius. Doktor masih men"diagnosis" penyakit mak dengan lebih teliti. Petang ni keputusan makmal berkenaan cecair di dalam usus mak akan diperolehi.
.
Huda akan balik petang ni (bas pukul 5:45). Chu dan Ngah (kakak dan adik mak) berada di rumah Abang Teh. Hmmmmmm.... penatnya Kak Teh.

Khamis, 19 Jun 2008

Mak masuk Hospital Ipoh

Pada 16 Jun 2008, Mak dimasukkan ke Hospital Tapah kerana kencing berdarah. Oleh kerana penyakitnya memerlukan rawatan lanjut, mak dibawa ke Hospital Ipoh.
.
Mak sememangnya kerap keluar masuk hospital akibat pelbagai penyakit/ kemalangan. Paling kerap akibat penyakit diabetes. Pada tahun 1978 Mak terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kamatiah arwah Abah dan Kak Chik. Doktor mengatakan bahawa peluang Mak untuk terus hidup hanya 50%.
.
Pada tahun 1996 Mak dimasukan ke hospital dan keadaannya agak teruk. Ramai rakan-rakan Mak datang melawat dan memberi serba sedikit nasihat kepada Mak. (Kebanyakan dari mereka telah pun meninggal dunia).
.
Pada Tahun 2006 Mak dimasukkan ke Hospital Ipoh akibat penyakit paru-paru berair. Doktor mengatakan bahawa peluang Mak untuk hidup amat tipis kerana air tersebut tidak dapat dikeluarkan dan doktor mencadangkan agar pembedahan segera dijalankan. Alhamdulillah, Mak pulih tanpa perlu pembedahan.
.
Kali ini agak berbeza, terdapat batu karang sepanjang 1 cm di dalam hempedu Mak. Limpa dan hatinya juga mempunyai masalah. Akibatnya Mak demam berpanjangan dan muka Mak kekuning-kuningan.
.
Tahun ni umur Mak genap 74 tahun, kepada rakan-rakan bloggers yang singgah dan membaca "post" ini berdoalah bersama-sama agar Mak saya cepat sembuh. AMIN.

Ahad, 15 Jun 2008

Amniy sebelum di"gondol"kan


Aktiviti baru Wardah



Akhirnya Wardah telah memulakan aktiviti barunya yang bakal mem"besar"kan lagi kami sekeluarga. Sehingga hari ini Wardah dah berjaya membuat dua jenis masakan yang saya berikan 5 bintang (Nanti buat lagi ye...).
.
Chocolate Moist Cake(resepi Kak Leha Sg Nipah) dan Cookies (resepi Roha (minah Melbourne)). Chocolate Moist Cake tu antara Chocolate Moist Cake yang paling sedap pernah saya makan. (Betul, tak tipu).
.

Kami telah secara rasmi berpindah




Kami telah berpindah ke rumah baru pada 27 April 2008, namun hingga ke hari ini masih belum siap berkemas sepenuhnya....... "House Manager" dah bising dah pasal gambar-gambar masih belum digantung, dan mula menyimpan habuk.....
.
Hmmm ingatkan dah berpindah dengan tempat kerja makin banyak masa, rupanya........ sama je.....
.
Alhamdulillah..... hidup kami sekeluarga bertambah baik. Perut pun makin besar......

Selasa, 22 April 2008

Amniy Nuwairah



















Pada 28 Mac 2008, Wardah selamat melahirkan anak ketiga kami, bayi perempuan dengan berat 3.7 kg (hampir-hampir dibedah). Alhamdulillah semuanya selamat cuma seperti Sarah, Amniy turut mengalami "Prolong Jaundice". (Gambar-gambar Amniy dari umur 1 hari hingga 17 hari)



Still in progress......






Minor renovation for our new house still in progress (veryyyyyyyyyy slow). I've made decision to move in this coming friday (25/4/2008).




Selasa, 18 Mac 2008

Pilihanraya 2008

Akhirnya keputusan pilihanraya memihak kepada Barisan Nasional (memenangi lebih 50% kerusi Parlimen), walaubagaimanapun majoriti menurun dan empat buah negeri jatuh ke tangan parti lawan (Pulau Pinang (DAP), Kedah (PAS), Selangor (PKR) dan Perak (Kerajaan Campuran PAS, DAP dan PKR).
.
Saya ada terbaca sebuah artikel di dalam Mingguan Malaysia, katanya pilihanraya 30 sen (akibat kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen). Dalam artikel tersebut ada menyebut antara kegagalan BN mendapat majoriti 2/3 kerana isu kenaikan harga minyak yang menyebabkan harga barang lain turut meningkat (secara tak langsung melemahkan kuasa beli).
.
Harap-harap isu ini dapat ditangani dengan baik. Kepada pemimpin sekalian, laksanakan janji yang telah dibuat, perbaiki kehidupan rakyat, jika tidak tahulah nasib anda di pilihanraya akan datang.
.
(Petikan dari artikel hembusan.blogspot)
I - Kepadamu ahli-ahli politik yang membuat pelbagai kenyataan yang bersifat kontroversi atau pun tidak: Citation is always needed. Berikan saya fakta, statistik, graf dan carta pai.


II - Kepadamu media arus perdana, etika kewartanan yang baik adalah sesuatu yang sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia, khususnya buat masa ini. Berikan saya berita yang adil, telus, tidak memfitnah dan tidak juga memprovokasikan semangat perkauman.
Sabda Rasulullah sallahualayhi wassalam:

"Tidak masuk Syurga orang yang menabur fitnah." (Hadith riwayat Imam Muslim)


III - Kepadamu rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya, Allah telah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al Hujurat ayat 6)

Komputer baru..... Network???




Dapat komputer baru serba canggih.



Processor: AMD Athlon X2


Memory: 2 GB RAM


Operating System: Window VISTA Ent.



Sayangnya, network di sini asyik sangkut2.........