Ahad, 4 Julai 2010

Reunion SEMESTIAN 4th Batch





Kami sekeluarga bertolak ke Sedayu Resort pada 3/7/2010 pada hari ulangtahun Eisya (anak sulung kami) untuk menghadiri majlis "SEMESTIAN 4th batch (1987-1991) reunion". Perjalanan yang memenatkan tetapi sangat "menguja"kan.

Saya bertemu dengan isteri saya semasa reunion pada tahun 1998 di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa (yang kemudiannya berlanjutan hingga ke jinjang pelamin). Pada ketika itu hanya beberapa orang yang telah mendirikan rumahtangga.

Aturcaranya programnya ringkas.

3:00pm Pendaftaran dan Minum petang (bersembang sambil mengutuk lebih-kurang)

5:30pm Sukaneka (sambung kutuk lebih-kurang)

7:30pm Solat maghrib, bacaan Yaasin dan tahlil (buat rakan-rakan yang telah tiada. Allahyarham Nur Mizhuari Al-Azzam, Allahyarham Asrul Faizi, Allahyarham Mohd Ridzuan Ghazali dan rakan-rakan lain)

8:30pm BBQ

10:00pm Tengok Worldcup @ tengok kekalahan memalukan Argentina.

Reunion kali ini amat berbeza. Semuanya semakin matang dan mem"besar". Sekalung penghargaan dan tahniah terutamanya buat Pn. Dewi Kusmini, En. Radzuan Norbit, En. Othman Taufik, Pn. Suriani Ismail, En. Abu Bakar (Burn), En. Halmee Samsuddin dan rakan-rakan lain yang berusaha keras dalam menjayakan program ini.

Kami pulang ke Seri Iskandar pada pukul 10:30pm kerana saya bertugas pada hari pendaftaran pelajar UiTM pada 4/3/2010. Walaupun kepenatan saya sangat gembira dan puas hati kerana dapat bertemu rakan-rakan lama yang mengimbau kenangan-kenangan lama.

4 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

salam zool...
Lama sungguh tak update... akak pun dah pindah rumah ke http://akaktoo.blogspot.com
bertemu kenkawan lama adalah sesuatu yang memberikan rasa kegembiraan dan mengubat rindu.

Abd Razak berkata...

Salam ziarah..

Moga sihat hendaknya..:)

ZOOL@TOD berkata...

Ibu n Abah,
Salam. Dah jarang berblog. Seminggu dlama sekali-dua je jenguk blog kawan-kawan maya ni. Insya-Allah saya akan update blog list tu.

Kak Normah,
Alhamdulillah makin baik. Pernafasan makin baik.

Saudara Razak,
Saya sering singgah di blog saudara, cuma tak sempat nak mengomen. Harap saudara akan teruskan dengan entri-entri tersebut. Banyak pengajaran dan ilmu yang saya perolehi. Terima kasih.

Kamsiah yusoff berkata...

salam
tentu seronok dan meriah gathering tu kan...mcm2 nak diceritakan...lucu dan menghiburkan...