Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan

Ahad, 15 Ogos 2010

Ikhlas

Tiadalah mereka diperintah, kecuali supaya menyembah kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan agama yang lurus dan mendirikan solat, mengeluarkan zakat. Itulah agama yang lurus.” (Al-Bayyinah 5)

Ibn Qayyim pernah berkata : "Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat."

Dalam menuntut ilmu keikhlasan itu penting. Kerana itu, antara adab menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. ( Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)

Memang mudah untuk melafazkan kata ikhlas, mudah juga untuk cuba menyakinkan diri bahawa diri ikhlas dalam perjuangan, namun untuk benar-benar memastikan hati sentiasa istiqamah ikhlas kepada Allah swt, ia bukan satu tugas yang mudah, namun ia maha penting dan penentu masa depan kita tatkala berdepan dengan Allah swt kelak.

Kadang-kadang niat kita ikhlas tetapi perlaksanaan perbuatan itu tidak. Contohnya; ketika tiada sesiapa mahu menjadi imam solat kita secara ikhlas ke hadapan menjadi imam. Tatkala memulakan bacaan Al-Fatihah dengan alunan Tarannum, terdetik di hati "ah, pasti makmum memuji bacaan ku ini". Adakah kita masih ikhlas pada ketika itu.

Keikhlasan mungkin tergelincir di pertengahan atau di pengakhiran perlaksanaan. Kita mesti cepat memperbetulkannya kembali melalui istighfar supaya amalan kita benar-benar ikhlas.

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda;

Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid

Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI"

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran"

Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI"

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu"

Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN"

maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka (Hadis riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)

Selasa, 24 Jun 2008

Kucing lagi

Wardah dan saya sebenarnya telah serik memelihara kucing, tapi tak tahu kenapa, ada saja kucing yang singgah ke rumah kami. Terkini kami telah memberi makanan secara konsisten kepada 2 ekor kucing (mungkin dibuang orang dan keadaannya memang comot). Kami menggelarkan kedua-duanya tompok dan kuning.
.
Kata Siti (adik saya) mungkin kami ni rasi dengan kucing. Entahlah, ada makanan kami bagi kalau tiada kami diam je lah. Bermula 2 minggu sudah saya telah mula membeli makanan kucing semula.
.
Pada asalnya saya kasihankan kucing-kucing tersebut kerana pada hari sabtu dan ahad tiada kedai makan berhampiran yang beroperasi, jadi tiada makanan buat mereka. Saya pun membeli makanan kucing (biskut). Tetapi lama-kelamaan kucing-kucing tersebut terus kekal makan dirumah kami tidak lagi mencari makanan di kedai berhampiran.

Jumaat, 1 Februari 2008

Cumi, Ciki, Itam, Swiper dan Bonteng







Setelah pelbagai masalah yang kami tempuhi, akhirnya saya dan Wardah membuat keputusan untuk tidak memelihara kucing lagi (keputusan ini masih "valid" sehingga "entry" ini).


Gambar-gambar di atas merupakan kucing-kucing yang pernah kami pelihara; cumi, ciki, itam, swiper (anak ciki) dan bonteng (anak ciki).




Khamis, 19 Julai 2007

Hari sedih buat kami.....

Pada 17/7/2007, bila saya meletakkan kereta saya di depan rumah, saya melihat Swiper sedang menjilat Bonteng di dalam bakul tempat tidur Bonteng. Oleh kerana bakul tersebut hanya boleh memuatkan seekor kucing, lalu saya menghalau Swiper. Saya melihat mata Bonteng seakan-akan melihat ke arah saya. Saya masuk ke rumah, kelihatan Wardah baru selesai solat Asar.

Seketika kemudian Wardah memberitahu saya bahawa Bonteng telah pun tiada, lalu saya bergegas ke bakul tersebut dan mendapati Bonteng telah pun mati.

Bonteng seekor kucing yang bijak dan amat rapat dengan Wardah. Bonteng sentiasa menemani Wardah ketika Wardah melipat baju, menonton TV dan di siang hari Bonteng tidur di dalam bilik kami. Waktu saya pulang dari kerja Bonteng akan menyambut saya di pintu rumah. Bonteng tahu apabila namanya dipanggil dan badannya amat montok (sebelum dia sakit). Dia akan bergolek-golek bila namanya dipanggil berulang-ulang kali secara beritma. Bonteng akan menghulurkan kaki depannya bila Wardah menyuruhnya berjabat salam. Bonteng juga akan mencium pipi Wardah bila diarahkan berbuat demikian.
Bonteng adalah kucing yang paling bijak yang pernah saya miliki. Saya dan Wardah amat terasa kehilangannya.

Selasa, 17 Julai 2007

Bonteng Sakit


Swiper semakin pulih dan cergas, sebaliknya keadaan kesihatan Bonteng makin teruk dan badannya semakin kurus dan lemah. Minggu lepas kami membawanya ke klinik haiwan (pertama kali seumur hidup saya). Pakar veterinar mengatakan bahawa Bonteng menghidap demam, selsema dan hepatitis. Bonteng diberi 4 suntikan dan 4 jenis ubat (berbentuk pil) untuk dimakan 2 kali sehari. Sebenar agak sukar untuk memberi kucing makan ubat, ianya memerlukan teknik yang betul, jika tidak ubat tersebut akan dimuntahkan semula.

Pagi tadi keadaan Bonteng nampak semakin teruk dan pucat. Kami dah berikhtiar, selebihnya hanya Allah yang menentukan.

Selasa, 19 Jun 2007

Swiper dan Bonteng selesema

Kucing dua ekor ni asyik selesema, batuk dan mata berair dua minggu kebelakangan ni. Wardah dah bising-bising pasal kucing tu asyik bersin takut virusnya berjangkit. Pada mulanya saya lapkan matanya dengan air tapisan (diamond water), kemudiannya saya sapukan dengan air zam-zam (kebetulan abang sulung saya (cho) baru balik umrah) tapi keadaannya masih sama.

Tiga hari yang lepas saya beri kucing-kucing tu minum madu lebah (Nak bawa ke klinik jauh sangat, kucing ni kucing kampung mana tahu duduk diam dalam kereta). Alhamdulillah, keadaannya makin pulih.