Memaparkan catatan dengan label Member Lama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Member Lama. Papar semua catatan

Khamis, 12 April 2012

Puan Ilmiah Ibrahim


Selepas menjalani pembedahan paru-paru (pada tahun 2009) saya di masukkan ke ICU IJN. Beberapa hari berikutnya saya diberi dadah morfin (untuk mengurangkan kesakitan) dan akibatnya saya lupa hampir 50% tentang apa yang berlaku beberapa hari berikutnya. Namun antara pelawat yang terawal yang masih saya ingat (selain dari ahli keluarga saya) ialah Puan Ilmiah Ibrahim. Beliau kelihatan sugul di hujung katil sebelah kiri saya. Saya terharu dan begitu sayu melihat beliau.

Beliau sememangnya menghidap darah tinggi beberapa tahun kebelakangan ini dan pernah dimasukkah ke hospital akibat penyakit tersebut. Saya masih ingat bila dia mengadu yang dia tak mampu untuk memandu jarak jauh ekoran dari penyakit tersebut. Tangannya tidak mampu menggenggam dengan kuat dan adakalanya menggeletar. Tanggal 9 April 2012, Puan IlmIah Ibrahim dikejarkan ke hospital selepas diserang angin ahmar di kediaman beliau. Bacaan tekanan darahnya mencecah 230 dan bila diimbas ternyata telah berlaku berlaku pendarahan di otak beliau.

Pembedahan mengeluarkan darah beku dilakukan di Hospital Besar Ipoh dan berjalan lancar pada 10 April 2012. Namun komplikasi berlaku pada 11 April 2012 di mana otak sebelah kirinya gagal berfungsi (brain dead) dan beliau terpaksa bergantung pada "life support machine". Saya sempat menziarahi beliau jam 6:00 petang 11 April 2012. Jam 11:40 malam 11 April 2012 beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Beliau seorang rakan yang sangat sensitif dan mengambil berat rakan-rakan lain. Sifat keibuan beliau menyebabkan beliau di senangi oleh sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Beliau juga sangat dikasihi oleh pelajar-pelajar beliau.

Ada yang telah kehilangan seorang isteri yang solehah,
Ada yang telah kehilangan seorang ibu mithali,
Ada yang telah kehilangan seorang kakak/ adik yang disayangi,
Ada yang telah kehilangan seorang rakan yang disenangi dan disegani,
Ada yang telah kehilangan seorang guru yang dikasihi,
Ada yang telah kehilangan seorang pekerja yang dedikasi,

Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama-sama dengan mereka-mereka yang solehah. AL-FATIHAH

Sabtu, 22 Januari 2011

Allahyarham Meor Hairul Anuar (1974 - 2011)


Saya mendapat berita yang menyedihkan dari seorang "junior" semasa menuntut di SEMESTI memaklumkan bahawa salah seorang rakan saya (SEMESTIAN 4th batch) Meor Hairul Anuar telah kembali ke Rahmatullah ketika sujud (solat maghrib) lebih kurang dua minggu yang sudah di Ipoh.

Saya tidaklah begitu akrab dengan beliau. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar semasa di SEMESTI. Sewaktu saya dan rakan-rakan yang lain sibuk dengan aktiviti-aktiviti "nakal" kami, beliau sibuk dengan aktiviti surau. Beliau sering menjadi tempat rujukan kami sekiranya terdapat kemusykilan tentang hal agama Islam.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Glasgow dan sekembalinya ke Malaysia, beliau memilih untuk hidup sederhana.

Agak terkilan kerana selama 10 tahun saya menetap di kawasan Batu Gajah dan Seri Iskandar, tiada sesiapa memaklumkan kepada saya yang Allahyarham tinggal di Batu Gajah dan bekerja di sekitar Ipoh.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

AL-FATIHAH

Ahad, 4 Julai 2010

Reunion SEMESTIAN 4th Batch





Kami sekeluarga bertolak ke Sedayu Resort pada 3/7/2010 pada hari ulangtahun Eisya (anak sulung kami) untuk menghadiri majlis "SEMESTIAN 4th batch (1987-1991) reunion". Perjalanan yang memenatkan tetapi sangat "menguja"kan.

Saya bertemu dengan isteri saya semasa reunion pada tahun 1998 di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa (yang kemudiannya berlanjutan hingga ke jinjang pelamin). Pada ketika itu hanya beberapa orang yang telah mendirikan rumahtangga.

Aturcaranya programnya ringkas.

3:00pm Pendaftaran dan Minum petang (bersembang sambil mengutuk lebih-kurang)

5:30pm Sukaneka (sambung kutuk lebih-kurang)

7:30pm Solat maghrib, bacaan Yaasin dan tahlil (buat rakan-rakan yang telah tiada. Allahyarham Nur Mizhuari Al-Azzam, Allahyarham Asrul Faizi, Allahyarham Mohd Ridzuan Ghazali dan rakan-rakan lain)

8:30pm BBQ

10:00pm Tengok Worldcup @ tengok kekalahan memalukan Argentina.

Reunion kali ini amat berbeza. Semuanya semakin matang dan mem"besar". Sekalung penghargaan dan tahniah terutamanya buat Pn. Dewi Kusmini, En. Radzuan Norbit, En. Othman Taufik, Pn. Suriani Ismail, En. Abu Bakar (Burn), En. Halmee Samsuddin dan rakan-rakan lain yang berusaha keras dalam menjayakan program ini.

Kami pulang ke Seri Iskandar pada pukul 10:30pm kerana saya bertugas pada hari pendaftaran pelajar UiTM pada 4/3/2010. Walaupun kepenatan saya sangat gembira dan puas hati kerana dapat bertemu rakan-rakan lama yang mengimbau kenangan-kenangan lama.

Ahad, 27 September 2009

Menu istimewa untuk tetamu istimewa

Anak-anak Sue

Anak Sue yang bongsu (setakat ini)

Kali terakhir bertemu dengan Sue masa Sue melahirkan bayi kembarnya. Kini bayi kembarnya telah berusia 4 tahun. Pagi 5 Syawal saya menerima SMS dari Sue. Dia berada di rumah kakaknya yang tidak jauh dari kawasan rumah saya. Pada masa itu saya berada di rumah abang Hamdan. Saya meminta Sue untuk datang ke rumah saya pagi 6 Syawal (beraya sambil bersarapan). Petang itu kami bergegas ke TESCO Ipoh membeli barang keperluan. Menu: Cheezy Spaghetti Meatball, nugget, kuih raya dan air sirap (air wajib saya).

Sue merupakan rakan sekelas saya semasa di SEMESTI dan rakan sebilik Wardah. Orangnya peramah dan baik hati. Semasa di ITM Perlis Sue mengambil program Diploma Perbankan (saya mengambil program Diploma Perakaunan). Sue baru melahirkan anak sebelum Ramadhan.

Sabtu, 11 Julai 2009

Allahyarham Mohd Ridzuan Ghazali (ex-SEMESTIAN)

Bersama Syahrunizam aka Ringgo ketika majlis pertunangan beliau


Di hari perkahwinan beliau

Gambar-gambar koleksi Abu Bakar aka burn di "yahoo groups"

Hari ini saya mendapat mesej dari Mazhar (melalui FB) memaklumkan bahawa Mohd Ridzuan Ghazali aka Payu telah kembali ke Rahmatullah pada 16 Mei 2009. Ceritanya tidak berapa jelas, dikhabarkan bahawa Allahyarham mengalami batuk-batuk dan masalah kesihatan lain dsebelum dimasukkan ke wad hospital. Bila keadaannya makin kritikal beliau dimasukkan ke ICU untuk rawatan rapi dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Saya tidaklah begitu rapat dengan beliau tetapi kami berkongsi banyak kenangan bersama-sama ketika di SEMESTI. Beliau senang didekati, ramah, baik hati dan "cool". Dengan saiz badan yang agak besar beliau mudah menjadi perhatian orang. Kami pernah sama-sama dirotan di bilik pengetua kerana ponteng sekolah. Saya masih ingat beliau duduk dilantai sambil berpusing-pusing kerana libasan rotan di punggungnya. Ianya menjadi bahan "kutukan" kami. Terlalu banyak kenangan untuk dicatatkan di sini.

Selepas tamat tingkatan lima di SEMESTI kami hanya berhubung secara maya melalui "yahoo groups". Saya agak terkilan kerana tidak dapat hadir semasa majlis perkahwinan beliau pada tahun 2008 (bertembung dengan majlis perkahwinan anak saudara Wardah). Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh.

Al-Fatihah

Jumaat, 15 Mei 2009

DIA Arau 1992-1995

Beberapa hari yang lepas Rais Fitri @ Mamu Batcha @ Kamal Hassan menjemput saya untuk menjadi rakan "facebook"nya. Kemudiannya sempat kami bersembang secara "wall to wall". Ringkas tapi begitu bermakna. Lawak-lawak antarabangsa (kalau bahasa sekarang ni "lawak sengal") sempat di ke udarakan.

Tiba-tiba saya rasa rindu dengan zaman ketika bersama-sama rakan di ITM Arau 1992-1995 (Diploma Perakaunan). Alim, Apeng, Pak Tam, PG, Pojie, Bomba, Ultraman, Babu, Sawai (Allahyarham), Nije, Mat Yie, Botok, Belang, Ayam, Joe Buaya, G Kam, Tok Arab, Bong, Mamat Pusat Tak Hensem, Amir Sek, Apek, Mamal the Lion King, Bangla, Gurkha, Belang, Aking, Tok Wan, Mali Bulu, Zam Bulu, dan ramai lagi.

Membaca nama-nama yang saya senaraikan sudah cukup untuk membuatkan pembaca tersenyum, inikan pula saya dengan seribu kenangan bersama-sama mereka. Saya seorang yang boleh dikategorikan "rock" pada ketika itu, dengan rambut panjang dan jeans "boot cut". Saya tidak bercinta ketika di ITM Arau (kan saya "rock", mana boleh jiwang).

Rakan sekolah menengah saya (Puwarasan) pernah melabelkan saya"rock" sampai mati kerana minat saya pada lagu-lagu "heavy metal" dan "speed metal". Rakan Diploma saya (Nije) pernah melabelkan saya "Tod Lawak Ganas" kerana gurauan saya agak keras.

Namun semua itu hanya tinggal kenangan yang tersimpan kemas di dalam memori saya. Sekarang saya dah tak ganas dan tak "rock", mungkin faktor usia dan kematangan melenyapkan ia.

Sabtu, 19 Januari 2008

Puwaarasan kahwin hari ni.....


Hari ni 19/01/2008, salah seorang sahabat bukan melayu saya mendirikan rumahtangga. (Saya mempunyai beberapa kenalan bukan melayu yang agak akrab Yong Ken Hoong (member baik masa di C2 SEMESTI), Puwaraasan (Classmate Sc 5 SEMESTI) dan Anand@Hannan (member masa C1 SEMESTI dan telah memeluk Islam pada tahun 1997)).
.
Puwaarasan seorang yang banyak cakap dan kuat mengutuk. Dia menggelarkan dirinya "Samseng Hutan Melintang". Orangnya senang didekati dan kelakar. Saya sebenarnya telah merancang untuk menghadiri majlis perkahwinannya, (hadiah dah beli pun malam tadi) keadaan kesihatan Wardah tidak begitu mengizinkan.
.
Gambar Puwaarasan ini saya ambil ketika melawatnya di Hospital Fatimah, Ipoh.