Rabu, 11 Julai 2012

Hmmmmm gurau je......

Saya sememangnya suka mengusik atau menyakat orang (satu tabiat yang dikembangkan secara tak langsung bermula dari zaman sekolah menengah). Biasanya saya menyakat atau mengusik mereka yang "biasa" dengan saya, namun adakalanya usikan tersebut terbabas kepada orang-orang yang lain.

Hari ini saya membawa Prof Madya Ab. Razak Dahlan, bakal Timbalan Rektor HEP UiTM Perak (bermula 16 Julai 2012) menghadiri Bengkel anjuran UiTM di River Front Hotel, Ipoh. Bengkel tersebut dihadiri oleh pengurusan atasan, pengurusan dalaman dan ketua-ketua unit UiTM Perak. Bengkel dirasmikan oleh Rektor UiTM Perak, Prof. Ir. Hjh Zainab Mohamed. Bengkel tamat jam 6:00 petang.

Saya memandu kereta bersama-sama Prof Madya Ab. Razak Dahlan untuk pulang ke Seri Iskandar. Sewaktu melintas kawasan hotel saya ternampak bebrapa orang staf wanita UiTM Perak sedang melintas jalan dengan selamba dan bersahaja tanpa melihat kiri dan kanan. Salah seorang staf tersebut merupakan seorang yang saya kenal.

Saya terus memandu kereta dengan perlahan menghala terus kepada staf-staf tersebut seolah-olah mahu melanggar mereka. Staf-staf wanita itu menjadi kelam kabut mengelak kenderaan saya. 

Prof Madya Ab. Razak berteriak, "Zool! Engkau nak langgar diorang ke?". 
Dengan bersahaja saya menjawab, "Alah, main-main je encik Razak... he.. he.. he.."
Prof Madya Ab. Razakmenyambung lagi, "Engkau nak langgar Rektor tu..."

Bila saya menoleh ke arah tingkap kereta, Rektor sedang tersenyum sambil jari telunjuknya digoyang-goyangkan......

Saya berkata, "Kalaulah saya nampak Rektor tadi takkan le saya nak langgar", dan berderailah tawa kami.

(Harap-harap malam ini Rektor akan tidur dengan lena sambil dibuai mimpi indah dan terus melupakan peristiwa petang tadi. Kalau tak..... Adoiyyaiiiiiiii)