Isnin, 14 Mei 2012

Malam Pra Graduan dan Majlis Makan Malam MoBac

Saya masih ingat ketika kali pertama mengajar kursus AIS130 untuk sebahagian dari pelajar-pelajar "batch" ini ketika mereka di peringkat Diploma Perakaunan. Mereka sememangnya istimewa dan sering menaikkan darah saya. Kerap hilang tumpuan di dalam kelas, lebih nakal dari batch-batch yang lain. Itu cerita 5 tahun yang lepas.

Pada 12 Mei 2012 Malam Pra Graduan dan Majlis Makan Malam MoBac bertemakan Punjabi's Night diadakan. Mereka sekarang berada di semester akhir program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan sebahagian dari mereka sedang mengikuti kursus MAF635 yang kebetulannya di bawah seliaan saya. Mereka telah berubah sepenuhnya, matang dari segi pemikiran dan tingkah laku.

Saya sangat bangga dan terharu dengan perubahan-perubahan ini. Ada di antara mereka yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Selamat maju jaya buat semua. Saya doakan anda semua cermelang di dunia mahupun di akhirat kelak. Amin.