Rabu, 20 Julai 2011

Khazanah rimba UiTM Perak


Bunga Cengal Pasir (kiri) dan Resak Padi (kanan) (Spesis terancam (kritikal))



Bunga Keruing Padi (Spesis terancam (kritikal))



Resak Melukut (Spesis terancam)



Kepong Hantu

UiTM Perak semakin berkembang dengan populasi pelajarnya telah melebihi 11,000 orang dan dijangka akan mencecah 20,000 oran pada 2015. Dalam kesibukan membina bangunan-bangunan akademik baru dan kolej, UiTM Perak dimaklumkan oleh pihak Forest Research Institute Malaysia (FRIM) bahawa terdapat 5 spesis pokok yang disenaraikan sebagai spesis terancam. 3 daripadanya sangat kritikal (Keruing Padi, Cengal Pasir Daun Lebar dan Resak Padi). Sebarang aktiviti pembangunan berhampiran pohon-pohon ini adalah tidak dibenarkan kerana boleh mengancam pertumbuhan mereka.




Petikan the Star 23 November 2010


Dr. Saw Leg Guan seorang Botanis dari FRIM berkata dalam the Star, 23 November 2010, spesis keruing padi yang berada di dalam kawasan UiTM Perak merupakan populasi akhir di dunia kerana spesis yang sama di Kalimantan telah pupus akibat penanaman kelapa sawit.


Pihak FRIM cuba membiakkan spesis-spesis ini melalui biji benih dan kaedah lain tetapi tidak berjaya. Difahamkan bahawa spesis terakhir ini telah berusia ratusan tahun.


Lindungilah alam kita dan tinggalkanlah khazanah buat generasi akan datang.

Ahad, 10 Julai 2011

Romania - Wings



Taufan ribut menyambar... lenyaplah perhitungan...
Gema kebebasan, menggegar Romania...

Lebar ufuk harapan, dilanda haloba kuasa..
Bahang Romania, merah darah kepunahan...

Hancur jua akhirnya, dalang-dalang kuku besi...
Teori domino, melanggar bumi gelora...

Katakan padaku.. erti kedamaian sebenar..
Tanpa Keangkuhan... oh..Romania...

Padamkanlah bara api kemusnahan..
Hentikanlah sandiwara keangkuhan...

Oh..wujudkanlah.. oh...kedamaian...
Oh..ciptakanlah... oh kedamaian...
Oh Romania...

Hari ni "tertengok" konsert GIG di TV9 dan kumpulan Wings membuat persembahan (sebenarnya tertukar siaran semasa menonton perlawanan bolasepak akhir UiTM vs Kolej Komuniti Kedah di siaran 801).

Seperti dijangkakan persembahan yang mantap dan mereka mempersembahkan lagu "Hukum Karma", "Sejati" dan "Romania", lagu kegemaran saya dalam album Teori Domino.