Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Rabu, 2 Februari 2011

Kupu-kupu dan perjuangan

Seorang anak sedang memperhatikan perjuangan seekor anak kupu-kupu yang berusaha keluar dari kepompongnya. Ia menunggu berjam-jam dan merasa bahawa sang kupu-kupu kecil kelihatannya tidak mampu untuk mengeluarkan dirinya. Oleh kerana merasa kasihan, sang anak mengambil gunting untuk membuat lubang yang lebih besar agar si kupu-kupu itu dapat keluar lebih mudah. Akibat perbuatannya, memang kupu-kupu itu berhasil keluar, tapi otot-otot sayapnya tidak menjadi kuat dan besar sehingga ia tidak dapat terbang.

Sang anak mendapat pelajaran yang sangat berharga, bahawa sang kupu-kupu memerlukan perjuangan yang keras agar supaya otot-otot sayapnya dapat terbentuk. Niat baik sang anak justeru menghasilkan kecacatan kekal bagi sang kupu-kupu yang malang.

Begitulah juga dalam menuntut ilmu. Kesukaran dan kepayahan yang ditempuhi membuatkan kita lebih bersedia menghadapi cabaran di alam pekerjaan. Apa yang saya perhatikan kebelakangan ini, kebanyakan pelajar mengambil mudah dalam menuntut ilmu. Semuanya telah terhidang dan tersedia.

Sewaktu belajar di ITM Shah Alam dahulu, saya berebut menaiki bas mini hampir setiap hari seawal jam 6:30 pagi untuk memastikan saya sampai ke kelas sebelum jam 7:50 pagi. Saya mencatu belanja makan saya setiap hari kerana wang saku bulanan saya hanya RM80 sahaja. Tambang bas mini RM1.20 dua hala setiap hari. Saya juga perlu mengagihkan sedikit wang belanja fotostat. Setelah membuat pengiraan dengan teliti, makan tengahari saya tidak boleh lebih dari RM1.50 sehari. Apa yang saya makan? Nasi putih, 2 keping "fishcake", sedikit sayur dan air suam. Jumlahnya RM1.20. Hampir setiap hari, menu yang sama.

Itu antara kesukaran yang saya lalui semasa belajar dahulu. Dan kerana pengalaman-pengalaman seperti itulah saya menjadi lebih kuat dan tabah. Alhamdulillah.

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." [Al-Insyirah:5-6]

Cerita kupu-kupu dipetik dari http://jinggo-ecokid.blogspot.com/2011/02/untuk-dikongsikan.html

Jumaat, 17 Disember 2010

Orang yang berjaya


Orang yang berjaya:

1) Mereka yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga mampu mencapai keberhasilan dan kejayaan.

2) Orang yang sedar kelemahan dan kekurangan diri dan gigih memperbaikinya.

3) Orang yang tidak akan menganggap remeh sesuatu termasuk dosa sekecil apapun.

4) Orang yang berhasil mendapatkan pertolongan Allah dari setiap urusannya.


Kejayaan hanya dapat dicapai apabila ada rintangan.


Kegagalan hanya dapat terjadi jika kita berhenti berusaha dan berputus asa.

"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Yusuf :87)

Tidak ada putus asa dalam Islam.

Kejayaan yang hakiki hanya dimiliki oleh orang-orang yang kembali kepada Allah dengan akhir kehidupan yang baik (husnul khatimah).

Ahad, 22 November 2009

I Love Living Life. I Am Happy. - Nick Vujicic

Kalau kita rasakan kita paling malang di dunia ini atau kita rasa sering gagal dalam hidup walaupun puas berusaha atau kecewa dengan hidup yang kita sedang lalui.

Lihat video klip ini. Ianya akan mengubah perspektif kita.

http://www.youtube.com/watch?v=H8ZuKF3dxCY



Fallen down?

Can't seem to find the strength to get back up?

We are put in situations to build our character. Not to destroy us.

"I am living life and I am happy"

"If I fail I try again, and again, and again, and again....."

"If you fail, are you going to try again?"

The human spirit can handle much more than we realize.

It matters how you are going to finish. Are you going to finish strong?

The challenges in our lives are there to strengthen our convictions. They are not there to run us over.

"I've never met a BITTER person who was THANKFUL, or a THANKFUL person who was BITTER. Thankful on what you have not bitter for what you don't have."

In life you have a choice: BITTER or BETTER.

Choose BETTER, forget BITTER.

-Nick Vujicic-

Khamis, 3 September 2009

Antara Fadhilat dan Syarat




Saya tertarik dengan isu ini yang dibincangkan secara bersahaja oleh Ustaz Zawawi di dalam program Awani Ramadhan. Saya cuba olah semula intipati rancangan tersebut.

Menjelang Ramadhan umat Islam berlumba-lumba melakukan amal ibadah tambahan. Seorang artis yang sedag sibuk dengan program sedekahnya berkata, dalam bulan Ramadhan nilah mereka nak buat amal ibadah untuk mendapat pahala tambahan untuk menampung dosa/ maksiat yang telah mereka lakukan sebelumnya.

Artis tersebut hanya nampak fadhilat tetapi mungkin terlepas pandang syaratnya. Apa dia fadhilat dan apa dia syarat?

Seorang kawan mahu memberi RM10 kepada anda sekiranya anda membantunya menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarahnya.

Fadhilat = RM10.
Syarat = siapkan tugasan tersebut.

Ramadhan menjanjikan seribu rahmat, ganjaran pahala, makbul permintaan (doa) dan barakah. Semua ini merupakan antara fadhilat Ramadhan. Apa syaratnya? Kita mesti melakukan ibadah puasa dengan kesabaran dan ketaqwaan.

Begitu juga dalam mengerjakan Haji. Banyak ganjaran pahala yang dijanjikan (fadhilat) sekiranya kita melakukan haji yang mabrur (syarat).

Di bulan Ramadhan, umat Islam berlumba-lumba memenuhi masjid, melakukan ibadah tambahan (solat tarawih), menderma/ bersedekah (hingga sesetengah rumah anak-anak yatim terpaksa menolak derma dalam bentuk makanan) dan pelbagai lagi. Ya, ia satu amalan yang mulia tapi kebanyakannya hangat-hangat tahi ayam. Lepas sejuk jadi hangit.

Perkara di atas berlaku di awal Ramadhan, menjelang separuh Ramadhan, bila lagu "dendang perantau" berkumandang di Radio, tumpuan mereka lebih terarah untuk menyambut Aidilfitri. Solat Tarawih pada awal Ramadhan melebihi 10 saf, tinggal 1.5 saf. Mereka terlupa "Lailatul Qadar" di akhir Ramadhan yang pahalanya menyamai 1,000 bulan beribadah. Alangkah ruginya.

Syeikh Yusuf al-Qardhawi ada berkata jangan jadi hamba Ramadhan, sebaliknya jadi hamba Allah. Kenapa? Di bulan Ramadhan ramai umat Islam meningkatkan amal ibadah (solat sunat, bersedekah, bertadarus Al-Quran, menutup aurat, menjaga peri laku dan sebagainya). Tetapi sebaik saja Syawal menjelma, segala amal ibadah tambahan tadi terus ditinggalkan. Tiada lagi solat sunat, sedekah, tadarus Al-Quran, aurat kembali terdedah dan sebagainya. Seolah-olah mereka melakukan ibadah kerana Ramadhan, bukan kerana Allah.

Tujuan saya menulis entri ini untuk mengingatkan pembaca entri ini khususnya saya diri sendiri. Jadikanlah Ramadhan kali ini titik untuk kita berhijrah. Perubahan yang kita lakukan semasa Ramadhan ini kita teruskan ke bulan-bulan mendatang. Jika kita semakin kerap bersolat jemaah di bulan Ramadhan, membaca Al-Quran, bersedekah, teruskan jangan berhenti.

Semoga di Ramadhan akan datang (dengan keizinan Allah) kita akan menjadi insan yang lebih baik.

Wallahhua'lam

Sabtu, 22 Ogos 2009

Tips untuk mambuat perubahan (kearah kebaikan)


Bagaimana kita hendak mengubah sesuatu? Contohnya kita mahu mengubah sikap jiran yang mementingkan diri sendiri atau rakan yang pemalas (malas nak belajar). Bagaimana? Di sini saya senaraikan tips untuk membuat perubahan.

1) Mulai dengan diri sendiri
Bila kita mahu orang lain berubah kita kena betulkan dri sendiri terlebih dahulu. Pastikan kita dan ahli keluarga kita lebih baik dari perubahan yang kita perjuangkan. Kita mahu rakan kita lebih rajin, adakah kita rajin? Jika tidak pastikan diri sendiri lebih rajin terlebih dahulu.

Kita mahu masyarakat kita berubah kepada masyarakat/ budaya Islam. Adakah kita dan keluarga kita mengamalkan cara hidup Islam?

Kepimpinan melalui tauladan. Bila kita perelokkan diri, Insya-Allah ahli keluarga kita akan berubah mengikut perubahan kita. Bila ahli keluarga kita perelokkan keluarga, masyarakat sekeliling akan turut berubah. Bila masyarakat berubah negara akan turut berubah. Bila? Masa sahaja yang menentukan (dengan izin Allah tentunya).

2) Mulai dengan perkara kecil

Kita mahukan komuniti kita menjadi komuniti yang bersih. Jangan pergi jauh. Pastikan halaman rumah kita bersih terlebih dahulu. Pastikan diri-sendiri bersih terlebih dahulu. Perkara yang kecil di mata kita adakalanya amat besar disisi Allah. Kita pernah mendengar kisah seorang pelacur yang memberi minum seekor anak anjing. Akhirnya beliau dimasukkan ke Syurga kerana sikap "kecil"nya itu.

Kita hendak memindahkan sebukit batu. Mulakan dengan batu yang kecil yang paling hampir dengan kita.

3) Mulai saat ini
Bila nak mula? Sekarang juga. Kita tidak tahu bila ajal kita. Mungkin selepas membaca entri ini. Mulakan sekarang dengan diri sendiri dan perkara-perkara kecil.

Jangan berlengah lagi.

(Olahan semula topik bicarawara di Astro Oasis)