Khamis, 12 April 2012

Puan Ilmiah Ibrahim


Selepas menjalani pembedahan paru-paru (pada tahun 2009) saya di masukkan ke ICU IJN. Beberapa hari berikutnya saya diberi dadah morfin (untuk mengurangkan kesakitan) dan akibatnya saya lupa hampir 50% tentang apa yang berlaku beberapa hari berikutnya. Namun antara pelawat yang terawal yang masih saya ingat (selain dari ahli keluarga saya) ialah Puan Ilmiah Ibrahim. Beliau kelihatan sugul di hujung katil sebelah kiri saya. Saya terharu dan begitu sayu melihat beliau.

Beliau sememangnya menghidap darah tinggi beberapa tahun kebelakangan ini dan pernah dimasukkah ke hospital akibat penyakit tersebut. Saya masih ingat bila dia mengadu yang dia tak mampu untuk memandu jarak jauh ekoran dari penyakit tersebut. Tangannya tidak mampu menggenggam dengan kuat dan adakalanya menggeletar. Tanggal 9 April 2012, Puan IlmIah Ibrahim dikejarkan ke hospital selepas diserang angin ahmar di kediaman beliau. Bacaan tekanan darahnya mencecah 230 dan bila diimbas ternyata telah berlaku berlaku pendarahan di otak beliau.

Pembedahan mengeluarkan darah beku dilakukan di Hospital Besar Ipoh dan berjalan lancar pada 10 April 2012. Namun komplikasi berlaku pada 11 April 2012 di mana otak sebelah kirinya gagal berfungsi (brain dead) dan beliau terpaksa bergantung pada "life support machine". Saya sempat menziarahi beliau jam 6:00 petang 11 April 2012. Jam 11:40 malam 11 April 2012 beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Beliau seorang rakan yang sangat sensitif dan mengambil berat rakan-rakan lain. Sifat keibuan beliau menyebabkan beliau di senangi oleh sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Beliau juga sangat dikasihi oleh pelajar-pelajar beliau.

Ada yang telah kehilangan seorang isteri yang solehah,
Ada yang telah kehilangan seorang ibu mithali,
Ada yang telah kehilangan seorang kakak/ adik yang disayangi,
Ada yang telah kehilangan seorang rakan yang disenangi dan disegani,
Ada yang telah kehilangan seorang guru yang dikasihi,
Ada yang telah kehilangan seorang pekerja yang dedikasi,

Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama-sama dengan mereka-mereka yang solehah. AL-FATIHAH

12 ulasan:

mrafizi berkata...

Terima kasih atas makluman Zool. Al Fatihah.

Ibu n Abah berkata...

Inna Lillah Hiwainna Ilai Hirojiun...
Al Fatihah

Unknown berkata...

Al-fatihah....

shahirahkhairudin berkata...

Al Fatihah. Pn Ilmiah lembut orangnya. Walaupun tak pernah ada kelas dengan Pn, tapi karakternya sangat disenangi.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

uitm seri iskandar, DIA 2003 - 2006

labu berkata...

Al Fatihah,semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan orang beriman

shas berkata...

Al-Fatihah..teringat lagi sebelum dia mula mengajar,puan akan berkongsi ilmu agama kpd student2..dan masih teringat lagi puan sempat mengusik saya sewaktu kali terakhir berjumpa dgn puan sebelum meninggalkan UITM Perak.

ctrahmah berkata...

A-Fatihah...terbayang wajah arwah..... teringat mase arwah ajar tax dlu....banyak sgt pesanan2 sblm tggalkn Perak...moga2 arwah dtempatkan di kalangan org2 yang beriman....

Lyla Azman berkata...

Al-Faatihah...

Pn Kartini berkata...

Al-fatihah..
Moga roh arwah dicucuri rahmatNya..dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman....Amin...

hakimi berkata...

al-fatihah.....semoga roh k.mi dicucuri rahmat & di tempatkan dikalangan mereka2 yg dikasihi Allah....kehilangan ahli keluarga yg amat dikasihi....

tp sesuatu yg menenagkan saya adalah bila saya mengetahui sejelas-jelasnya, kakak saya adalah insan yg amat baik, isteri yg soleh & ibu yg amat penyayang terhadap anak2nya...12 adik beradik merindui k.mi...al-fatihah..

ZOOL@TOD berkata...

Hakimi;

Allahyarhamah seorang yang baik hati, penyabar dan disayangi oleh para pelajar dan rakan-rakannya. Seandainya Hakimi dapat membaca komen-komen para pelajar dan rakan-rakannya mengenai Allahyarhamah, pastinya Hakimi akan menitiskan airmata.

Buat pembaca entri ini amalkanlah nasihat, ilmu dan tunjuk ajar yang pernah beliau sampaikan. Insya-Allah berpanjanganlah pahala tersebut. Dan doakanlah yang baik-baik buat beliau.

Unknown berkata...

Sedar xsedar dah 4tahun arwah meninggalkan kita...semoga arwah ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman

Puan ilmiah seorang yang amt disegani berkenaan perilakunya yang mengajar bak seorang ibu mengajar anak2nya...dengan penuh kelembutan dan sesuai juga dgn namanya...penuh ilmiah

Sy pernah diajar dlm kelas taxation dan juga management...mmg arwah puan akan ajar step by step sehingga faham...walaupun arwah telah pergi menghadap Yang Maha Pencipta...ilmu yg dicurahkan sentiasa tersemat didada

Al-fatihah buat allahyarhamah puan Ilmiah Ibrahim