Rabu, 9 September 2009

Takbur, hasad, dan riak


Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang iaitu yang pertama ialah takbur atau sombong.

Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.”
(Hadis riwayat Muslim)

Kedua, hasad atau iri hati (dengki). Ciri khas seorang pendengki adalah adanya rasa tidak rela melihat orang lain mendapat nikmat dan sangat berharap nikmat itu segera lenyap daripadanya. Ia susah melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah. Dengki sangat berkesan menghancurkan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dengki itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ketiga, riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan.

Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.

Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.
(Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)

Sumber: http://ainul-basyirah.blogspot.com

7 ulasan:

al-lavendari berkata...

jujurnya ketiga2 penyakit itu kadang2 ada pada saya dalam degree yang berubah2. ia menyelinap masuk melepasi benteng iman yang dibina ... makanya saya harus berusaha keras lagi memperkasa benteng itu. Ya Allah tolonglah hamba mu yag lemah ini.

Hanisham Ab Halim berkata...

Penyakit jiwa yang kalau tak dibuang boleh mudaratkan segala amal dan kebaikan kita. Nauzubillah...

ZOOL@TOD berkata...

Saya percaya penyakit-penyakit ini ada pada semua insan termasuk saya.

Mungkin ia hanya menyelinap di dalam hati tetapi tidak di zahirkan. Dan jika tidak diubati segera takut-takut ianya akan dizahirkan.

Bagaimana nak mengubatinya? Tingkatkan ketaqwaan, keimanan, dan keikhlasan.

Maiyah berkata...

salam.. utk memulihkan penyakit jiwa ini hnya iman.. ramai yg jauh dari iman sbb tu ikut kata syaitan.. macam sy dulu ler

ZOOL@TOD berkata...

Yang penting kita mahu ber"hijrah" ke arah kebaikan. Kalau tak mahu, lebih baik jadi hantu raya Echam

Unknown berkata...

Satu lagi N3 yg amat2 menari.
minta izin nak copy untuk buat tazkirah untuk pelatih2 saya......
semuga kita diberkatiNya

Hanisham Ab Halim berkata...

Kah.kah..kah.. antu raye aku pun masuk... hahhahah