Mak masuk Hospital Tapah pada 13 Jun 2007 dan masih belum dibenarkan keluar. Penyakit kencing manisnya menunjukkan bacaan yang tinggi (hi >25) sehingga hari Isnin. Hari ini bacaannya makin baik (8). Untuk orang normal bacaannya sekitar 4 - 5.
Mak saya telah menghidap penyakit ini lebih dari 10 tahun dan mula menyuntik insulin (4 kali sehari) lebih kurang 7 tahun yang lepas. Semenjak itu paras gula di dalam darahnya tidak terkawal. Agak sukar untuk anak-anaknya mengawal pemakanannya, tambahan pula mak saya tinggal bersama 2 orang makcik saya di Tapah Road.
Umur mak saya telah mencecah 73 tahun dan badannya agak lemah. Saya berdoa kepada Allah semoga mak saya cepat sembuh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan