Isnin, 26 November 2007

Lama tak menulis



Kebelakangan ini agak sibuk, rumah dah nak siap (baru lepas "inspection", pemaju membuat "touch-up") dan baru lepas peperiksaan akhir semester. Eisya akan mendaftar tahun 1 di Sek. Keb. Seri Iskandar.




Sepanjang 2 tahun di Tadika Kemas, pencapaiannya agak memberangsangkan. Eisya terpilih sebagai pelajar terbaik.




Dua hari sudah, kami sekeluarga meraikan sambutan harijadi ke-4 Sarah. Hadiah dari ayah dan ibu, teddy-bear, yang kemudiannya dinamakan Coki.

Tiada ulasan: