Khamis, 20 Disember 2007

Eisya Patah Tangan

Saya telah merancang sebuah percutian selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi (dari 16/12 – 18/12). Pada 13/12 Eisya terjatuh dari basikal (berlanggar dengan Nazim (anak jiran)). Katanya tangannya sakit.

Kebetulan pada 14/12 Wardah berurut dengan Mak Yang (tukang urut di Tronoh)maka saya minta beliau urutkan tangan Eisya. Pada 17/12 Eisya mengadu tangannya gatal, lalu saya bawa ke klinik. Di klinik doktor terus mengarahkan saya ke hospital untuk membuat x-ray tangan Eisya.
Di hospital tangan Eisya disahkan patah dan disimenkan separuh (kerana tangannya masih bengkak). Percutian ke Langkawi diteruskan kerana selepas ini kemungkinan sukar sedikit bercuti (Insya-Allah Wardah akan bersalin pada bulan April 2008)

Tiada ulasan: