Rabu, 30 Januari 2008

Gambar kenangan dengan motivator



Ambik gambar je.......

Gambar Wardah masa kecil

Bangunan Kompleks Canselor UTP




Bangunan Kompleks Canselor Universiti Teknologi Petronas di Bandar Seri Iskandar, Perak, adalah antara sembilan projek yang terpilih sebagai pemenang Anugerah Seni Bina Aga Khan 2007, anugerah senibina paling berprestij di dunia.


Lapan projek lain yang memenangi anugerah itu ialah Samir Kassir Square (Beirut, Lubnan), Pemulihan Bandar Raya Shibam (Yemen), Central Market (Koudougou, Burkina Faso), Pemulihan Amiriya Complex (Rada, Yemen), Moulmein Rise Residential Tower (Singapura), Pejabat Kedutaan Royal Netherlands (Addis Ababa, Ethiopia), Pemulihan Walled City, (Nicosia, Cyprus) dan sebuah sekolah di Rudrapur (Dinajpur, Bangladesh).


Penerima anugerah ini, yang diadakan setiap tiga tahun, akan berkongsi hadiah wang berjumlah AS$500,000, yang menjadikannya anugerah senibina paling lumayan di dunia.Anugerah ini diperkenalkan pada 1977 oleh Aga Khan, pemimpin ke-49 puak Islam Shiah Ismaili, yang bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghargaan terhadap kebudayaan Islam yang dizahirkan melalui seni bina.


Bagi pemilihan kali ini, 343 projek telah dikemukakan untuk pertimbangan dan 27 daripada projek berkenaan telah dinilai di tempat masing-masing oleh pakar antarabangsa.Sebuah Panel Juri bebas memilih sembilan pemenangnya kerana mencapai standard tertinggi daripada segi kecemerlangan seni bina, sambil mencerminkan nilai persekitaran spesifik masing-masing.Anugerah Seni Bina Aga Khan adalah sebahagian daripada projek Amanah Aga Khan bagi Bidang Seni Bina (AKTC), yang melaksanakan pelbagai aktiviti bagi tujuan memulihara dan memperkenalkan warisan barangan serta roh masyarakat Islam.


Kaedah pemilihan pemenang anugerah ini melibatkan pencarian dan pengiktirafan contoh-contoh kecemerlangan seni bina, yang merangkumi reka bentuk kontemporari, perumahan awam, usaha memajukan dan menambah baik masyarakat, pemulihan, penggunaan semula dan pemuliharaan kawasan serta isu berkaitan landskap dan alam sekitar.Ia juga menitikberatkan tentang seni bina, yang bukan saja mampu memenuhi keperluan fizikal, sosial dan ekonomi manusia, tetapi juga mampu merangsang serta memenuhi impian budaya dan rohani mereka.

Sabtu, 19 Januari 2008

Rumah baru melalui Google Earth (Click for bigger picture)




Puwaarasan kahwin hari ni.....


Hari ni 19/01/2008, salah seorang sahabat bukan melayu saya mendirikan rumahtangga. (Saya mempunyai beberapa kenalan bukan melayu yang agak akrab Yong Ken Hoong (member baik masa di C2 SEMESTI), Puwaraasan (Classmate Sc 5 SEMESTI) dan Anand@Hannan (member masa C1 SEMESTI dan telah memeluk Islam pada tahun 1997)).
.
Puwaarasan seorang yang banyak cakap dan kuat mengutuk. Dia menggelarkan dirinya "Samseng Hutan Melintang". Orangnya senang didekati dan kelakar. Saya sebenarnya telah merancang untuk menghadiri majlis perkahwinannya, (hadiah dah beli pun malam tadi) keadaan kesihatan Wardah tidak begitu mengizinkan.
.
Gambar Puwaarasan ini saya ambil ketika melawatnya di Hospital Fatimah, Ipoh.

Sabtu, 5 Januari 2008

Cabut Gigi

Setelah lebih 20 tahun, hari ini saya dinasihatkan untuk mencabut dan menampal gigi (kes makan daging korban lekat kat gigi).

Gigi geraham saya telah patah separuh dan doktor menasihatkan ianya dicabut, begitu juga gigi geraham bongsu yang tiada fungsi dan menyebabkan kesakitan apabila terlekat makanan. Ada gigi yang perlu ditampal (telah wujud lubang kecil).

Saya membuat keputusan untuk mencabut kedua-dua geraham itu serentak dan menampal gigi yang berlubang tersebut. Hasilnya, sakit kepala yang berdenyut dan sakit gusi....... Kepada sesiapa yang nak cabut gigi, berdasarkan pengalaman saya, jangan cabut dua gigi sekali gus..... Sakit.......

Tahun 1 Kenanga Sek Keb Seri Iskandar


Eisya memulakan persekolahan (Tahun 1) di Sek Keb Seri Iskandar (15km dari Siputeh), sesi petang. Nampak gayanya saya terpaksa pulang kerja 6:30 petang setiap hari sambil menunggu Eisya pulang dari sekolah.
Eisya nampak gembira. Eisya ditempatkan di kelas 1 Kenanga. Jumlah murid tahun 1 lebih kurang 230 orang.