Semalam (lebih kurang pukul 10:00 pm) saya dan keluarga bertolak pulang ke Siputeh (dari Bagan Datoh). Berhampiran kawasan Hutan Melintang tiba-tiba jalan sesak (sesuatu yang tak pernah saya alami di kawasan Bagan Datoh). Rupa-rupanya terdapat perhimpunan PAS (saya dimaklumkan beberapa tokoh utama PAS turun padang termasuk Dato' Dr Haron Din Al-Hafiz).
.
Keadaan di sana umpama pesta/ funfair dengan begitu ramai orang hadir. Cuma saya agak terkilan dengan kawalan lalu lintas yang kurang dititik beratkan (boleh mengakibatkan kemalangan).
.
Saya rasa pilihanraya dah semakin hampir......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan