.
Pada 28 November 2008, saya mendapat panggilan dari En. Syahrin (Pegawai Kebudayaan UiTM Perak) meminta butiran diri saya untuk didaftarkan sebagai pemantun UiTM Perak. Saya pada awalnya enggan menerima tugas tersebut kerana sibuk dengan ARC 2008 tapi akhirnya saya terpaksa mewakili UiTM Perak kerana "Otai-Otai" lain semua telah pergi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat PhD.
.
Dengan berat hati, tanpa persediaan dan dalam keadaan amat penat saya mewakili UiTM perak bersama-sama Pemantun Utama,Hj Hisyam (Unit Kolej), Pemantun kedua, Razman (Perpustakaan), Pemantun ketiga, saya dan Pemantun Simpanan, Zaid (Perpustakaan).
.Tanpa disangka-sangka, kami melangkah ke pertandingan akhir dan bergelar Naib Johan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan