Jumaat, 19 Mac 2010

Diberi muka naik kepala


Pepatah melayu ini biasa kita dengar dan hal ini berlaku kepada saya. Saya seorang pendidik yang agak "longgar" atau "linean" dalam banyak perkara. Saya agak terbuka dan boleh "berunding" dalam banyak perkara berkaitan akademik selagi ianya membawa kebaikan bersama. Jarang sekali saya memarahi pelajar saya.

Dalam portfolio pengajaran/ prinsip saya, saya beranggapan pelajar-pelajar saya "matang". Saya tidak kisah jika mereka lewat ke kelas. Alasan saya mudah, jika mereka tahu adab menuntut ilmu mereka tidak akan sekali-kali lewat ke kelas.

Apa yang berlaku kebelakangan ini agak mendukacitakan. Pelajar-pelajar saya bukan sahaja lewat datang ke kelas tetapi turut menipu dari sudut kehadiran ke kuliah. Ada pelajar yang meniru tandatangan rakan mereka yang tidak hadir.

Sewaktu saya mengajar mereka membuat bising dibelakang kelas (macam budak TADIKA). Tindakan saya, saya diam. Bila saya tidak bercakap, mereka turut diam. Bila saya mula bercakap, mereka bercakap semula.

Saya telah mengajar lebih 9 tahun dan pelajar-pelajar ini memang pelik. Mereka dari golongan pelajar yang agak pintar tetapi kurang beradab.

Dan buat pelajar-pelajar ini ingatan dari saya,

Hormati guru anda, hormati rakan-rakan anda. Sekiranya anda tidak berminat untuk belajar di institusi ini, sila berhenti. UiTM tidak pernah merayu kepada anda untuk belajar di sini. Sila beri peluang kepada orang lain yang benar-benar mahu menuntut dan menghargai ilmu.

Sila berubah atau keluar dari institusi ini.

21 ulasan:

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam...bukian saja pensyarah depa tak hormat...juruteknik yang bertugas pun depa tak hormat...kadang-kadang nak ambil alat kat makmal main redah masuk bilik saya tanpa bagi salam atau mintak izin nak ambik alat...langsung tak dak adab....

ZOOL@TOD berkata...

Hmmmm mungkin generasi baru ni terlupa adab sebab terlalu moden kot?

kim berkata...

maafkan saya kalo saya pernah sakitkan hati en zool sama ada saya sedar atau tidak..

ZOOL@TOD berkata...

Saya bukan jenis pemarah dan Kim pun pernah jadi pelajar saya. Cuma batch kali ini membuatkan saya terkilan. Dah ditegur pun macam takde "effect".

Saya tak berapa kisah jika datang lewat/ tak datang langsung cuma bila tidak menghormati guru (atau setidak-tidaknya menghormati orang yang lebih tua dan lebih teruk lagi bila menipu).

Abd Razak berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Abd Razak berkata...

Salam...

Perkara ini pun berlaku di masjid ketika Penceramah sedang memberi kuliah agama...

Tidak hormat dan tidak menghayat ilmu yang diajar itu tidak berkat jadinya.

Aienz berkata...

salam,

bukan sahaja en.zool yang terkilan... saya yang sama generasi dengan mereka itu pon kadang2 terkilan dgn sikap mereka malah rase malu kerana mareka tidak tahu berfikir sebelum bertindak.... contoh paling mudah kat sini(melaka) bila kami nak naik lif ke kuliah,, pelajar sanggup menolak2 penyarah atau staff utk naik lif..

en.zool sepanjang ain jadi anak didik en.zool ain nak mohon kemaafan jika ada menyinggung perasaan en.zool...

AC 6C (apr 2009) in memory~~~

Maiyah berkata...

cabaran gak kan, bebudak skrg

Ibu n Abah berkata...

salam zool,
rupanya begini perangai pelajar sekarang...
kita dulu cukup menghormati guru, pensyarah.. kini lain pula perangai pelajar2 kita... mungkin mereka dah biadap sewaktu zamn sekoah, membawa perangai biadap ke alam universiti...
kena terapkan nilai2 murni semulalah nampaknya bermula dari bangku sekolah...

Guru berkata...

assalammualaikum

generasi muda sekarang memang lain en zool
saya lihat, yang pandai dan tak pandai dari segi adab ni sama je..
sekali sekala en zool kena tegur gak..
sebagai pendidik kena ingatkan mereka
sebab saya kira budak2 ni belum matang dari segi sahsiah

ZOOL@TOD berkata...

Aienz,
Satu lagi perkara yang menyakitkan hati, bila cikgu/ pensyarah menegur secara umum yang meminta maaf bukan si kacang hantu itu, sebaliknya rakan-rakan yang "innocent" ini yang meminta maaf.

Kak Maiyah,
Rasanya cikgu di sekolah menengah lebih mencabar.

Ibu n Abah,
Pada saya didikan di sekolah/ IPT saja tidak mencukupi, ibubapa dan masyarakat sepatutnya turut mendidik. Kadang-kadang kesian kami sebagai pendidik, adakalanya dipersalahkan bila sesuatu yang negatif berlaku keada pelajar tersebut.

Cikgu Normah,
Terima kasih. Insya-Allah saya akan tegur secara terus-menerus selepas ini.

ZOOL@TOD berkata...

Saudara Abd Razak,
Kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa mereka ini datang ke majlis ilmu? Saya percaya mereka-mereka ini mempunyai niat lain. Saya bersetuju dengan saudara, sememangnya ilmu itu tidak berkat.

Kamsiah yusoff berkata...

dah 'terlebih' pandai la tu...

The Owner berkata...

zool...nak link ke my blog boleh zool?

ZOOL@TOD berkata...

boleh sesangat..... Saya dah link blog fatma dari dulu lagi (tak mintak permission pun..... ok kot.... he.. he.. he..)

adiwarna berkata...

salam..
betul tu.. setuju sgt2
diberi muka naik kepala..
sedikit sebanyak saya rasa tempiasnya...
kdg2 pelik dgn sikap pelajar zmn skrg.. suruh buat presentation..
lps tu sms tgh2 mlm.. bgtau nk excuse for presentation sebab xder bahan.. boleh ke mcm tu?
takder rasa tanggungjawab lgsung..
bukannye bdk kecik yg nk di marah2..
setiap org kene ada rasa tanggungjawab la..
saya pun penah jd student jugak suatu masa dlu..
kalau bukan mereka yg ubah diri mereka sendiri sapa yg nk ubah..

ZOOL@TOD berkata...

Hmmm Kak Wardah pun bengang. Tak bertanggungjawab sungguh.... Tak boleh bayangkan bila mereka-mereka ni bekerja kelak. Semoga mereka segera insaf. Amin

Pn Kartini berkata...

Salam Mr zool..:)
Sayangkan..dianugerahkan kepandaian namun mempergadaikan kesopanan dan adab dalam menuntutnya ilmu...
Terkdg..sikap demikianlah yg tersentap semangat nan terkobar2 pendidik..:(

Roslinda Alias berkata...

Salam.. kekadang bila mengimbau balik zaman kita menuntut ilmu, amatlah besar perbezaannya dengan keadaan para pelajar kita sekarang terutamanya ADAB dengan pensyarah dan guru..

cukup sedih apabila melihat para pelajar (UiTM) berkelakuan seperti ini.. jika tidak bersedia utk menggalas tanggungjawab sebagai pelajar, sila berikan peluang itu kepada org lain.. di luar sana beribu2 insan menunggu peluang utk melanjutkan pelajaran di sini.. harap maklum

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

salam,,,
maaf... saya pun setuju juga en.zool,,,kami yg 1 kelas ni pun penat nak tengok,,tp pelik ,,dorg pandai2,,,agaknye dorg ni kks kot (kurang kasih sayang)
pape pun sabar je ngan diorang ni,,,

doakan smg diorg akan jd lbh baik