1. Hidupnya jarang sekali merasa kecewa,
Orang yang ikhlas dia tidak akan pernah berubah sikapnya seandainya disaat dia berbuat sesuatu kebaikan ada yang memujinya, atau tidak ada yang memuji/menilainya bahkan dicacipun hatinya tetap tenang, kerana dia yakin bahawa amalnya bukanlah untuk mendapatkan penilaian sesama yang selalu berubah tetapi pasrah dan hanya ingin mendapat penilaian yang sempurna dari Allah SWT.
Contohnya, rakan karib kita menyatakan hasrat untuk datang menziarahi kita pada hari ini. Kita menyediakan hidangan yang istimewa untuk rakan tersebut. Namun di saat akhir beliau membatalkan hasratnya. Orang yang ikhlas tidak akan merasa kecewa apatah lagi merasa marah. Mungkin di lain masa, dengan izin Allah rakannya itu akan dapat datang menziarah.
Sentiasa bersikap positif.
2.Tidak tergantung / berharap pada makhluk
Sayyidina Ali pun pernah berkata, orang yang ikhlas itu jangankan untuk mendapatkan pujian, diberikan ucapan terima kasih pun dia sama sekali tidak akan pernah mengharapkannya, kerana setiap amal ibadah pada hakikatnya kita sedang berinteraksi dengan Allah, oleh itu harapan yang ada akan sentiasa tertuju kepada mencari keredhaan Allah semata-mata.
3.Tidak pernah membezakan antara amal besar dan amal kecil
Diriwayatkan bahwa Imam Ghazali pernah bermimpi, dan dalam mimpinya beliau mendapatkan khabar bahwa amalan yang besar yang pernah beliau lakukan diantaranya adalah disaat beliau melihat ada seekor lalat yang masuk kedalam tempat tintanya, lalu beliau angkat lalat tersebut dengan hati-hati lalu dibersihkannya dan sampai akhirnya lalat itupun bisa kembali terbang dengan sihat. Maka sekecil apapun sebuah amal apabila kita kerjakan dengan sempurna dan benar-benar tiada harapan yang muncul pada selain Allah, maka akan menjadi amal yang sangat besar dihadapan Allah SWT.
Kecil bagi kita tetapi tidak di sisi Allah.
4. Banyak Amal Kebaikan Yang Rahsia
Mungkin ketika kita mengaji di khalayak ramai maka kita akan mengaji dengan alunan suara yang lunak, lama dan khusyuk, ketika kita solat berjamaah terutamanya sebagai imam kita akan berusaha khusyu dan lama, tapi apakah hal tersebut akan kita lakukan dengan kadar yang sama disaat kita beramal sendirian ? Atau kita ringkaskan solat, pendekkan bacaan?
Apabila amal kita tetap sama bahkan cenderung lebih baik, lebih lama, lebih enak dan lebih khusyuk maka itu boleh diharapkan sebagai amalan yang ikhlas. Namun bila yang terjadi sebaliknya, ada kemungkinan amal kita belum ikhlas.
5. Tidak membezakan antara bendera, golongan, suku (kroni) atau organisasi
Fitrah manusia adalah ingin mendapatkan pengiktirafan dan penilaian kerana keberadaannya (kehadirannya)dan penglibatannya, namun pengakuan dan penilaian makhluk, baik manusia mahupun organisasi sentiasa berubah dan subjektif. Ramai yang pernah dijulang sebagai pahlawan namun, perubahan waktu dan keadaan menyebabkan si pahlawan tadi menjadi musuh utama yang perlu diawasi. Maka tiada penilaian dan perakuan yang paling baik dan yang harus sentiasa kita usahakan adalah penilaian dan perakuan dari Allah SWT.
Begitu besar pengaruh orang yang ikhlas itu, sehingga dengan kekuatan niat ikhlasnya mampu menembus ruang dan waktu. Seperti halnya apapun yang dilakukan, diucapkan, dan diisyaratkan Rasulullah, mampu mempengaruhi kita semua walau beliau telah wafat ribuan tahun yang lalu namun kita sentiasa patuh dan taat terhadap apa yang beliau sampaikan.
Bahkan orang yang ikhlas mampu membuat iblis (syaitan) gagal dalam usahanya untuk menggoda orang ikhlas tersebut. Ingatlah, apapun masalah kita janganlah hati kita sampai pada masalah itu, cukuplah hanya ikhtiar dan fikiran sahaja. Hati kita tetap hanya tertambat pada Allah SWT yang Maha Mengetahui segala masalah yang kita hadapi.
Adakah kita benar-benar ikhlas? Adakah saya benar-benar ikhlas?
Tidak. Saya masih belajar untuk ikhlas. Pada saya, ianya suatu tahap yang amat sukar dicapai. Masih banyak perubahan dalam diri yang perlu saya lakukan. Semoga usaha kita semua untuk ikhlas dimakbulkan Allah. Amin.
Sumber: Olahan semula artikel dari http://mudji.net (juga pernah dibincangkan di Astro Oasis oleh AA Gym)
9 ulasan:
susahnya menilai keikhlasan org lain...
Keikhlasan - mudah disebut tapi sangat susah untuk benar2 dizahirkan....
السلم عليكم ورحمة الله
Ikhlas adalah menjadikan amal untuk Allah, sedangkan tepat adalah sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
Salam ZOOL@TOD,
Kalau baca N3 ini kakak masih kena banyak mencari dan belajar lagi. Mohon dikutkan hati demi mencapai keikhlasan itu....
Keikhlasan akan kita perolehi jika kita lakukan aper saja kerana Allah dan keredhaan pula bila menghadapi segala ujian dengan tenang.
Bela lah IMAN dlm diri..
Dunia adalah sementara, 'bekalan' kita ker perjalanan di alam seterusnya akan di adili...
TQ for sharing this n3..auntie tersentuh..dan harus juga memperbaiki diri, hari demi hari..
InshaALLAH..
ikhlas juga mempunyai pelbagai tingkatan .. saya masih lagi terkial-kial untuk mencapai tingkatan ikhlas paling bawah.
p/s: komen torpodeo awak benar2 mencuit hati saya.
Kak Kamsiah & Kakcik,
Usahkan keikhlasan orang, keikhlasan sendiri pun kadang-kadang mengelirukan. Ye ke kita ikhlas?
Saudar Abd Razak,
Ada pendapat mengatakan bahawa, jika kita benar-benar ikhlas, jangan ucapkan. Biarkan ia di dalam hati.
Kakzakie,
saya lebih banyak perlu belajar. Entri ini lebih kepada ingatan buat diri sendiri (sebagai rujukan)
Auntie,
Kadang-kadang saya takut, adakah amalan yang asalnya ikhlas tetapi menjadi sebaliknya (akibat sesuatu keadaan) diterima Allah sebagai ibadah?
Pak Cik Al,
Saya pun sama (tingkatan ikhlas paling bawah bukan sup torpedo)
ikhlaskan diri kerana allah....
Salam:)
Pastinya bermakna andai keikhlasan sentiasa ada dalam setiap tingkah laku...dalam setiap jiwa2 antara kita....
Catat Ulasan