Khamis, 19 Julai 2007

Hari sedih buat kami.....

Pada 17/7/2007, bila saya meletakkan kereta saya di depan rumah, saya melihat Swiper sedang menjilat Bonteng di dalam bakul tempat tidur Bonteng. Oleh kerana bakul tersebut hanya boleh memuatkan seekor kucing, lalu saya menghalau Swiper. Saya melihat mata Bonteng seakan-akan melihat ke arah saya. Saya masuk ke rumah, kelihatan Wardah baru selesai solat Asar.

Seketika kemudian Wardah memberitahu saya bahawa Bonteng telah pun tiada, lalu saya bergegas ke bakul tersebut dan mendapati Bonteng telah pun mati.

Bonteng seekor kucing yang bijak dan amat rapat dengan Wardah. Bonteng sentiasa menemani Wardah ketika Wardah melipat baju, menonton TV dan di siang hari Bonteng tidur di dalam bilik kami. Waktu saya pulang dari kerja Bonteng akan menyambut saya di pintu rumah. Bonteng tahu apabila namanya dipanggil dan badannya amat montok (sebelum dia sakit). Dia akan bergolek-golek bila namanya dipanggil berulang-ulang kali secara beritma. Bonteng akan menghulurkan kaki depannya bila Wardah menyuruhnya berjabat salam. Bonteng juga akan mencium pipi Wardah bila diarahkan berbuat demikian.
Bonteng adalah kucing yang paling bijak yang pernah saya miliki. Saya dan Wardah amat terasa kehilangannya.

Selasa, 17 Julai 2007

Bonteng Sakit


Swiper semakin pulih dan cergas, sebaliknya keadaan kesihatan Bonteng makin teruk dan badannya semakin kurus dan lemah. Minggu lepas kami membawanya ke klinik haiwan (pertama kali seumur hidup saya). Pakar veterinar mengatakan bahawa Bonteng menghidap demam, selsema dan hepatitis. Bonteng diberi 4 suntikan dan 4 jenis ubat (berbentuk pil) untuk dimakan 2 kali sehari. Sebenar agak sukar untuk memberi kucing makan ubat, ianya memerlukan teknik yang betul, jika tidak ubat tersebut akan dimuntahkan semula.

Pagi tadi keadaan Bonteng nampak semakin teruk dan pucat. Kami dah berikhtiar, selebihnya hanya Allah yang menentukan.

Windmill - Helloween (Zaman Rock dulu.....)

Helloween - Windmill

Time goes wherever you are
Time is your guiding star
That shines through all your life
Makes you feel and move

My dreams are out in the far
So are yours a part
Of secret fairy tales
Dripped on the wings of a mystery mill

Windmill, windmill, keep on turning
Show me the way, Take me today

Windmill, windmill, hearts are yearning
Longing for love and a chance to be free

Don't feel alone and depressed
Someone will come at last
To soothe your stumbling mind
To keep it away from the evil storm

Windmill...

Selasa, 10 Julai 2007

Khabar Pak De Dari Tanah Jawa

Beberapa tahun sudah saya dan Wardah diketemukan oleh ibu mertua saya (mbok) dengan sepupu Allahyarham bapa mertua saya dari Tanah Jawa. Kami memanggilnya Pak De (Pakcik Besar). Beliau menerangkan mengenai salasilah keturunan Wardah (yang berasal dari keturunan Raden). Katanya Wardah masih berdarah "biru" (masih mewarisi keturunan Raden, hingga tujuh keturunan (sampai anak-anak kami)).

Saya amat kagum dengan bahasa Jawa Halus yang dipertuturkan dan tulisan Jawa (mungkin tulisan sanskrit) mengenai salasilah keturunan Wardah. Orangnya ramah dan baik. Tujuan beliau datang ke Malaysia untuk mengeratkan silaturrahim sambil menjejaki sudara-mara

Minggu lepas saya mendapat perkhabaran bahawa beliau telah kembali ke Rahmatullah akibat serangan jantung. Al-Fatihah.

Gambar Pak De (gambar kedua dari bawah, duduk memakai baju batik)

Selasa, 3 Julai 2007

Happy Birthday to Aliyatul Batrisya

Hari ini genap umur Eisya 6 tahun. Saya dan Wardah membuat majlis harijadinya di Tabika. Hmmm.... Seronok melihat gelagat kanak-kanak di Tabika, ada yang tak sabar-sabar nak makan kek dan ada yang kelihatan begitu teruja.

Saya kagum dengan kesabaran dan sifat keibuan yang dimiliki oleh guru tabika di sini yang dapat mengawal dan menjaga semua anak muridnya dengan baik sekali.