Khamis, 19 Julai 2007

Hari sedih buat kami.....

Pada 17/7/2007, bila saya meletakkan kereta saya di depan rumah, saya melihat Swiper sedang menjilat Bonteng di dalam bakul tempat tidur Bonteng. Oleh kerana bakul tersebut hanya boleh memuatkan seekor kucing, lalu saya menghalau Swiper. Saya melihat mata Bonteng seakan-akan melihat ke arah saya. Saya masuk ke rumah, kelihatan Wardah baru selesai solat Asar.

Seketika kemudian Wardah memberitahu saya bahawa Bonteng telah pun tiada, lalu saya bergegas ke bakul tersebut dan mendapati Bonteng telah pun mati.

Bonteng seekor kucing yang bijak dan amat rapat dengan Wardah. Bonteng sentiasa menemani Wardah ketika Wardah melipat baju, menonton TV dan di siang hari Bonteng tidur di dalam bilik kami. Waktu saya pulang dari kerja Bonteng akan menyambut saya di pintu rumah. Bonteng tahu apabila namanya dipanggil dan badannya amat montok (sebelum dia sakit). Dia akan bergolek-golek bila namanya dipanggil berulang-ulang kali secara beritma. Bonteng akan menghulurkan kaki depannya bila Wardah menyuruhnya berjabat salam. Bonteng juga akan mencium pipi Wardah bila diarahkan berbuat demikian.
Bonteng adalah kucing yang paling bijak yang pernah saya miliki. Saya dan Wardah amat terasa kehilangannya.

Tiada ulasan: