Ahad, 29 Jun 2008

Berjalan-jalan bersama Amniy







28 Jun 2008, buat pertama kalinya kami sekeluarga (Wardah, Eisya, Sarah, Amniy dan saya) dapat berjalan-jalan (sambil membeli barang-barang keperluan) di Jaya Jusco Ipoh. Agak sukar buat Wardah kerana Amniy minum susu ibu sepenuhnya.



Selasa, 24 Jun 2008

Kucing lagi

Wardah dan saya sebenarnya telah serik memelihara kucing, tapi tak tahu kenapa, ada saja kucing yang singgah ke rumah kami. Terkini kami telah memberi makanan secara konsisten kepada 2 ekor kucing (mungkin dibuang orang dan keadaannya memang comot). Kami menggelarkan kedua-duanya tompok dan kuning.
.
Kata Siti (adik saya) mungkin kami ni rasi dengan kucing. Entahlah, ada makanan kami bagi kalau tiada kami diam je lah. Bermula 2 minggu sudah saya telah mula membeli makanan kucing semula.
.
Pada asalnya saya kasihankan kucing-kucing tersebut kerana pada hari sabtu dan ahad tiada kedai makan berhampiran yang beroperasi, jadi tiada makanan buat mereka. Saya pun membeli makanan kucing (biskut). Tetapi lama-kelamaan kucing-kucing tersebut terus kekal makan dirumah kami tidak lagi mencari makanan di kedai berhampiran.

Keadaan mak makin baik

Tadi saya ke Hospital Ipoh menghantar Kak Uda (kakak saya) untuk menjaga mak pada waktu siang. Waktu malam mak ditunggu oleh Huda (adik saya). Huda akan balik ke Shah Alam harini (esok mula bekerja semula).
.
Doktor kata mak semakin baik. Hati dan buah pinggangnya semakin pulih. Cuma terdapat pembuluh darah yang bengkak di dalam perut. Arwah Incik (kakak mak saya) pernah mengalami penyakit yang sama. Harap-harap ianya tidaklah serius. Doktor masih men"diagnosis" penyakit mak dengan lebih teliti. Petang ni keputusan makmal berkenaan cecair di dalam usus mak akan diperolehi.
.
Huda akan balik petang ni (bas pukul 5:45). Chu dan Ngah (kakak dan adik mak) berada di rumah Abang Teh. Hmmmmmm.... penatnya Kak Teh.

Khamis, 19 Jun 2008

Mak masuk Hospital Ipoh

Pada 16 Jun 2008, Mak dimasukkan ke Hospital Tapah kerana kencing berdarah. Oleh kerana penyakitnya memerlukan rawatan lanjut, mak dibawa ke Hospital Ipoh.
.
Mak sememangnya kerap keluar masuk hospital akibat pelbagai penyakit/ kemalangan. Paling kerap akibat penyakit diabetes. Pada tahun 1978 Mak terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kamatiah arwah Abah dan Kak Chik. Doktor mengatakan bahawa peluang Mak untuk terus hidup hanya 50%.
.
Pada tahun 1996 Mak dimasukan ke hospital dan keadaannya agak teruk. Ramai rakan-rakan Mak datang melawat dan memberi serba sedikit nasihat kepada Mak. (Kebanyakan dari mereka telah pun meninggal dunia).
.
Pada Tahun 2006 Mak dimasukkan ke Hospital Ipoh akibat penyakit paru-paru berair. Doktor mengatakan bahawa peluang Mak untuk hidup amat tipis kerana air tersebut tidak dapat dikeluarkan dan doktor mencadangkan agar pembedahan segera dijalankan. Alhamdulillah, Mak pulih tanpa perlu pembedahan.
.
Kali ini agak berbeza, terdapat batu karang sepanjang 1 cm di dalam hempedu Mak. Limpa dan hatinya juga mempunyai masalah. Akibatnya Mak demam berpanjangan dan muka Mak kekuning-kuningan.
.
Tahun ni umur Mak genap 74 tahun, kepada rakan-rakan bloggers yang singgah dan membaca "post" ini berdoalah bersama-sama agar Mak saya cepat sembuh. AMIN.

Ahad, 15 Jun 2008

Amniy sebelum di"gondol"kan


Aktiviti baru Wardah



Akhirnya Wardah telah memulakan aktiviti barunya yang bakal mem"besar"kan lagi kami sekeluarga. Sehingga hari ini Wardah dah berjaya membuat dua jenis masakan yang saya berikan 5 bintang (Nanti buat lagi ye...).
.
Chocolate Moist Cake(resepi Kak Leha Sg Nipah) dan Cookies (resepi Roha (minah Melbourne)). Chocolate Moist Cake tu antara Chocolate Moist Cake yang paling sedap pernah saya makan. (Betul, tak tipu).
.

Kami telah secara rasmi berpindah




Kami telah berpindah ke rumah baru pada 27 April 2008, namun hingga ke hari ini masih belum siap berkemas sepenuhnya....... "House Manager" dah bising dah pasal gambar-gambar masih belum digantung, dan mula menyimpan habuk.....
.
Hmmm ingatkan dah berpindah dengan tempat kerja makin banyak masa, rupanya........ sama je.....
.
Alhamdulillah..... hidup kami sekeluarga bertambah baik. Perut pun makin besar......