Pada 16 Jun 2008, Mak dimasukkan ke Hospital Tapah kerana kencing berdarah. Oleh kerana penyakitnya memerlukan rawatan lanjut, mak dibawa ke Hospital Ipoh.
.
Mak sememangnya kerap keluar masuk hospital akibat pelbagai penyakit/ kemalangan. Paling kerap akibat penyakit diabetes. Pada tahun 1978 Mak terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kamatiah arwah Abah dan Kak Chik. Doktor mengatakan bahawa peluang Mak untuk terus hidup hanya 50%.
.
Pada tahun 1996 Mak dimasukan ke hospital dan keadaannya agak teruk. Ramai rakan-rakan Mak datang melawat dan memberi serba sedikit nasihat kepada Mak. (Kebanyakan dari mereka telah pun meninggal dunia).
.
Pada Tahun 2006 Mak dimasukkan ke Hospital Ipoh akibat penyakit paru-paru berair. Doktor mengatakan bahawa peluang Mak untuk hidup amat tipis kerana air tersebut tidak dapat dikeluarkan dan doktor mencadangkan agar pembedahan segera dijalankan. Alhamdulillah, Mak pulih tanpa perlu pembedahan.
.
Kali ini agak berbeza, terdapat batu karang sepanjang 1 cm di dalam hempedu Mak. Limpa dan hatinya juga mempunyai masalah. Akibatnya Mak demam berpanjangan dan muka Mak kekuning-kuningan.
.
Tahun ni umur Mak genap 74 tahun, kepada rakan-rakan bloggers yang singgah dan membaca "post" ini berdoalah bersama-sama agar Mak saya cepat sembuh. AMIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan