Rabu, 30 Julai 2008

Prolog, Cho




Semenjak Mak sakit kuat kami adik-beradik kerap berjumpa dirumah Mak di hujung minggu. Bila berjumpa sememangnya kami tak pernah kering gusi, sentiasa ada isu untuk dijadikan bahan ketawa. Cho ada mengadu dengan Abang Teh yang kakinya bengkak. Abang Teh menyarankan agar Cho membuat pemeriksaan kesihatan lengkap kerana kaki bengkak antara simptom penyakit jantung.

.
Pada 21 Julai 2008 Cho membuat pemeriksaan lanjut di SJMC dan doctor mengesahkan tiga salur arterinya tersumbat (100%, 80% dan 60%). Doktor menyarankan Cho untuk membuat “bypass surgery”. Saya sempat berbual dengan Cho menerusi telefon pada 23 Julai 2008 dan Cho kata dia ok, nothing to worry. Saya pesan agar Cho banyak berehat. Cho discaj pada 25 Julai 2008.

.

Pada 25 Julai 2008 lebih kurang pukul 10 malam, Wardah mengingatkan saya untuk menelefon Cho bertanya khabar. Telefon bimbitnya tidak diangkat, bila saya telefon rumahnya Huda (adik bongsu saya) kata Cho dah tidur. Lalu saya berbual dengan Kak Nah bertanyakan khabar Cho dan tentang rawatan lanjut yang akan dibuat.

.

Pada jam 06:30 26 Julai 2008, Cho disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Cho kembai ke Rahmatullah











Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan, hanya amalan yang dibawa


.
Pada tarikh 26 Julai 2008 (waktu subuh) abang sulung saya Ahmad Zaini Alias (Cho) telah kembali ke Rahmatullah akibat serangan jantung. Kehilangan Cho amat saya rasai kerana saya banyak terhutang budi kepada Cho. Sejak dari zaman persekolahan (awal 80an), saya kerap berkunjung ke rumah Cho terutamanya ketika cuti sekolah.


.
Cho berkahwin dengan Kak Nah (dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata (Emi dan Dilah). Saya pernah menumpang dirumah Cho lebih kurang 4-5 tahun, bermula dari tahun 1995 hingga 2000 (dari zaman belajar (ADIA) hingga bekerja). Cho seorang yang bertanggungjawab. Cho menanggung pengajian saya ketika Diploma dan turut membantu saya ketika mencari pekerjaan, selayaknya beliau menjadi abang sulung saya.


.
Cho amat baik hati dan pemurah. Seorang yang senang hati. Wardah juga agak rapat dengan Cho hingga merasakan Cho macam abang kandungnya olehkerana perwatakan Cho itu sendiri (mudah didekati, suka bergurau dan suka menyakat).


.
Saya tidak dapat menahan sebak di dada terutamanya ketika Alang, Abang Teh, Andak dan saya memandikan jenazah Cho. Kenangan bersama semasa hayat Cho datang menerpa menyebabkan saya hampir teresak-esak hingga Abang Teh menegur saya (Cho dah tiada, yang kita mandikan ni hanya jasadnya).


.
Saya berdoa semoga Cho ditempatkan oleh bersama-sama dengan orang-orang yang beriman disisi Allah. Kepada yang membaca entri ini saya mohon untuk turut bersama-sama membaca surah Al-Fatihah buat Cho. Al-Fatihah.

Isnin, 14 Julai 2008

3 Julai 2008, Harijadi Eisya



Ayah tak beli jajan ke nak bagi kawan eisya masa harijadi eisya nanti? Masa di Tadika KEMAS Wardah dan saya meraikan harijadi eisya di sekolahnya dengan membawa kek dan jajan untuk kawan-kawannya. Kali ini lebih ringkas, jajan saya bawakan ke kelasnya untuk diagihkan kepada kawan-kawannya yang lain.
.
Kek kali ini dibuat oleh Wardah, sedapnya..... Hadiah, Princess jewel box + mug, princess wallet dan hiasan meja.

Jumaat, 4 Julai 2008

Abang Teh

Abang saya yang keempat dan bekerja sebagai Juru Audit di Jabatan Audit Negara. Kehidupannya ringkas dan dikurniakan Allah seramai 7 orang anak. Beliau mengambil tanggungjawab menjaga Mak (satu tugas yang berat).
.
Mak agak sukar bergerak, Abang Teh memandikan, mengubat luka mak, menyuntik insulin mak, membasuh najis dan sebagainya.
.
Kami adik-beradik ada bercadang untuk mengambil pembantu rumah, tetapi kebelakangan ini pembantu rumah agak sukar diperolehi.
.
Ya Allah permudahkanlah urusan kami sekeluarga. Amin.