Isnin, 20 April 2009

Bukit Merah (Percutian Yang Tidak Dirancang)

Lebih kurang sebulan yang lepas, Fakulti Perakaunan UiTM Perak menerima tiket diksaun dari Bukit Merah Laketown Resort (RM10 per entry for waterpark). Saya mengagihkan sebahagian besar dari tiket-tiket itu kepada pelajar-pelajar saya dan menyimpan 4 tiket untuk keluarga saya.

Hari sabtu yang lepas (18 April 2009) saya mengajak keluarga saya untuk bercuti ke sana. Kami bertolak dari Seri Iskandar jam 11:00 pagi dan kembali ke rumah semula jam 7:00 petang.

Satu percutian ringkas yang menarik. Kami bercadang untuk ke sini sekali lagi untuk melawat Ecopark dan Pulau Orang Utan. Bila tu? Hmmmmmmm

Isnin, 13 April 2009

Program Kecemerlangan Akademik ke 15

Bersama antara pelajar-pelajar cemerlang bahagian 6 April 2009 (Alfi, Rozana, Afiqah, Naimah dan Isfahani)


Naimah, Enny dan Musang Terbang


Program Kecemerlangan Akademik ke 15 diadakan di Kem Nur Lembah Lenggong dari 11 – 13 April 2009. Antara yang terlibat termasuklah pensyarah-pensyarah Fakulti Perakaunan (sebagai penganjur dan fasilitator), pelajar-pelajar cemerlang bahagian 6 (sebagai fasilitator) dan pelajar-pelajar bahagian 2 hingga 5 (sebagai peserta).

Antara aktiviti-aktivitinya termasuklah sesi LDK, treasure hunt, jungle trekking dan flying fox. Pada saya program ini merupakan program PKA yang terbaik dari segi kesannya kepada pelajar. Pendekatan yang begitu efektif menggunakan rakan sebaya (pelajar cemerlang bahagian 6) sebagai fasilitator, lebih kepada berkongsi pengalaman secara "informal".

Minggu Akhir Kelas Semester April 2009





Saya telah menjadi pendidik hampir 9 tahun dan telah mengajar ratusan pelajar. Namun golongan pelajar yang bakal meninggalkan Fakulti Perakaunan UiTM Perak semester April 2009 ini antara kumpulan pelajar “istimewa” kepada saya.

Saya mengajar kumpulan pelajar seramai 260 orang ini untuk 4 kursus perakaunan iaitu “Computer application in Accounting”, “Costing 2”, “Costing 3” dan “E-Commerce”. Ada di antara pelajar ini yang saya mengikuti kelas saya lebih dari sekali. Saya rasa agak akrab dengan kumpulkan pelajar-pelajar ini, tambahan pula kebanyakan mereka ini pelajar yang baik dari segi pelajaran mahupun adabnya.

Minggu sudah merupakan minggu terakhir kelas “E-Commerce” di mana semua pelajar tersebut akan membentangkan projek laman web masing-masing. Sempat saya memberi sedikit pesanan dan mengambil gambar bersama-sama mereka.

Saya agak “sedih” kerana mereka bakal menamatkan pengajian mereka di UiTM Perak, bermakna berkemungkinan besar saya tidak lagi berjumpa mereka semua. Beberapa watak, nama dan karektor menyebabkan saya terasa begitu rapat dengan kumpulan ini.

Antaranya Zaid, Minah, Aishah, Hajar, Ila, Mimi, Athirah, Syafiqah, Laini, Afiqah, Isfahani, Alfi, Rozanna, Azizah, Liza, Aidil, Meor, Hafez, Najwa, Balqis, Ayu, Adhariah, Naziah, Nazihah, Hafizuddin, Naimah, Fatin, Nor Ain Fazreen, Saqenah, Rahmat, Zulfaqar, Asnida, Aimi, Amy, Laila, Syiqin, Raihan, Zahidan, Kartini, Noor Rita, Jannah, Anis, Sanirah, Alice, Orina, Khatijah, Irwannie, Farhana, Fadhilah, Fariza, Izad, Muhammad, Syaiful, Izzat, Izzah, Ainul dan ramai lagi (maaf kerana terlalu ramai untuk saya senaraikan).

Saya mendoakan kejayaan pelajar-pelajar kumpulan ini. Semoga segala ilmu yang saya curahkan akan digunakan untuk tujuan kebaikan. Saya juga berharap agar dapat terus berhubung dengan mereka di masa hadapan. Amin.

Bidadari - Muniff Hijjaz (khas buat Wardah)

Bidadari.. Bidadari...
Temanilah resahku
Bidadari.. Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia, Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari.. Bidadari..
Jadilah pendampingku
Bidadari.. Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta, Cinta Suci
Ertinya
Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Chorus
Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga