Ahad, 28 Februari 2010

Bahasa kesat dan blog


Saya bersikap agak terbuka dan membaca pebagai jenis blog. Saya suka membaca pandangan, pengalaman, coretan, nurkilan dan pelbagai kisah.

Cuma saya agak "kurang senang" dengan blog-blog yang agak ekstrim dengan penggunaan bahasa-bahasa lucah, caci-maki, penghinaan dan seumpamanya. Lebih mendukacitakan si penulis beragama Islam dan
penyokong kuat parti politik yang memperjuangkan Islam.

Gaya penulisan mereka seolah-olah menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya memaki hamun, mencarut, menghina dan mengeji. Tidak pernahkah mereka fikirkan hal ini?

Kenapalah kita melupakan akhlak, sedangkan akhlak itu adalah faktor utama Rasulullah diturunkan, iaitu menyempurnakan akhlak manusia.Tanyalah pada diri kita, adakah kita masih ingat akan pesanan Sang Maha Kuasa ini:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”(Surah An-Nahl:125)

Berbantah dengan cara baik, bukan berbantah dengan cara mereka. Jangan terikut-ikut dengan budaya mereka yang ingin kita perangi, tetapi gunakanlah jalan Sunnah. Kalau kita sering mengaku kita ini adalah pembela sunnah, maka ambillah keseluruhan jalan hidup kita dengan Sunnah. Bukan sekadar ambil mana yang mahu, dan meninggalkan mana yang tidak disukai.


Sebahagian fakta dipetik dari:
http://www.yussamir.com/2008/02/akhlak.html

Rabu, 10 Februari 2010

Hina Sultan Perak




Saya dapat maklumat ini dari blog Cucu Tok Selampit. Dan hari ini saya semak akaun FB makhluk ni dan ternyata dia masih menghina Sultan Perak secara tidak langsung.


Kurang ajar.

Ahad, 7 Februari 2010

Ganjil dan Terasing?


Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?

Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]

Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah.

Firman Allah SWT:
“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.” [Hud 11: 116]

Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran.

Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti.
Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan.
Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.
Mereka inilah GHURABA!

Kerana itulah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”

[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya, “siapakah orang-orang yang asing itu?”
Baginda menjawab, “iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab, “iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab, “mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini.

Dipetik dari:
http://ahmadfirdaus06.blogspot.com

Selasa, 2 Februari 2010

MOHON SUMBANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN BANGUNAN SETINGKAT SURAU ISKANDAR BISTARI, TAMAN ISKANDAR BISTARI, 32610 SERI ISKANDAR, PERAK DARUL RIDZUAN.



Assalamualaikum wbkth,

Surau ni kat kat taman perumahan saya (masih dalam peringkat awal, belum mula pun construction work, bajet belum cukup). Kepada sesiapa yang ingin menderma, boleh bank-in ke akaun bank Islam di bawah. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada AJK surau (no telefon boleh dirujuk di bawah).



Tuan/Puan,

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN BANGUNAN SETINGKAT SURAU ISKANDAR BISTARI, TAMAN ISKANDAR BISTARI, 32610 SERI ISKANDAR, PERAK DARUL RIDZUAN. [NO. KELULUSAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK DARUL RIDZUAN (MAIP): BIL. (13) DLM. MAIPK/05-PD/210-S]


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak Ahli Jawatankuasa Surau Iskandar Bistari sedang mengumpul dana untuk tujuan membina sebuah surau seperti yang tercatat di atas. Anggaran bagi pembinaan surau tersebut dianggarkan sebanyak RM350,000.00 [Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit]. Sebarang sumbangan dan derma ikhlas adalah amat diharapkan untuk menjayakan projek ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau atau secara Bank-In/Online ke akaun berikut:

Nama Pemilik Akaun : Surau Iskandar Bistari

Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad [Bandar Universiti]

No. Akaun : 0808 - 6010 010 327


Dilampirkan surat kelulusan majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan, senarai nama Ahli Jawatankuasa Surau dan ilustrasi artis Surau Iskandar Bistari untuk rujukan pihak Tuan/Puan. Jika pihak tuan memerlukan salinan resit pembayaran derma, sila SMS, e-mail atau hubungi Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau yang pihak tuan/puan berurusan.

Semoga Allah memberkati dan melimpahkan Rahmatnya keatas sumbangan derma ikhlas pihak tuan dan puan. Amin. Sekian terima kasih.


Yang benar,




ASZHAR ABD. RAHMAN

Pengerusi Pembinaan Surau Iskandar Bistari


Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau Iskandar Bistari:
Pengerusi Pembinaan Surau: Aszhar Ab. Rahman: 012 569 0761.
Timbalan Pengerusi
: Jama’addin Hj. Kamaluddin: 012 516 1464.
Bendahari
: Tn. Hj. Rafeeq Ahamad Abdullah: 012 505 5386.
Setiausaha
: M. Azmi Hj. Jemaian: 012 5001 553.
Ahli Jawatankuasa
: Prof. Madya Ir. Dr. Nasiman Sapari: 016 555 6613.
Tn. Hj. Prof. Madya Mohd. Fisal Ishak: 019 578 7047.
Hj. Prof. Madya Dr. Mohammad Azmi Bustam: 019 476 7796.
Hj. Mohd. Zaki Tawang: 017 599 5811.
Md. Anwar Md. Yusoff: 019 416 4664.
Dr. Ismail Mohd. Saaid: 013 530 4255.