Hari ini genap 10 tahun usia perkahwinan kami. Terasa begitu pantas masa berlalu. Bagaikan baru semalam melafazkan akad nikah (3 kali sebab tersasul, tok kadi susah nak sebut nama penuh Wardah).
Buat Wardah, terima kasih kerana telah menemani saya selama 10 tahun.
Terima kasih kerana sanggup berkongsi hidup dengan saya, berkongsi susah dan senang, berkongsi suka dan duka, berkongsi ceria dan hiba.
Terlalu banyak jasa dan khidmat disumbangkan buat kami sekeluarga.
Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat kami. Amin.
10 ulasan:
Happy Anniversary! mudah-mudahan rumahtangga sentiasa mendapat keberkatan dari Allah dan semoga kebahagiaan akan berkekalan.
Salam...
Semoga Allah limpahkan kedamaian dan kebahagiaan buat kamu berdua dan kekal sebagai suami isteri dunia dan akhirat...amin
En Zool...
Hmmmm.. tak mimpilah akak suami akak akan buat satu posting declare 'kasih' dia pada akak macam en zool buat pada wardah...
Suami ni ada macam-macam. Ada yang berani luahkan.. dan ada yang belikan hadiah tapi sepatah apaaun tak ucap...
akak dapat yang kedua tu...
untung wardah... en zool declare dalam entry....
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 10 dan di doakan semuga dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki dan diberkati... semuga bahagia di dunia dan di akhirat...Amin YaRabbal Alamin..
En Zool,makcik pun ingin mengucapkan happy 10 th anniversary.Semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat.40 > years down the line makcik harap En Zool masih mengungkapkan kasih ini kpd isteri tersayang.
Love to see lovey dovey old couples walking hands in hands.Yg muda biasa sangat dah.he he.
Happy Anniversary to you.
Semuga terus dilimpahi kasih sayang yang berpanjangan...bahagia dunia akhirat.
aduhai enzoll
romantiknya harapan..
semuga Allah permudahkan semuga urusanNya dan 10 tahun sudah dilalui...
tahniah.
Kak Tirana
Terima kasih. AMsakan Wardah makin hebat semenjak menjengah ke blog Kak Tirana.
Abd Razak,
Terima kasih, blog saudara Razak kerap saya jengah mencedok sedikit ilmu untuk memperbaiki diri.
Kak Rahmah,
Terima kasih. Saya amat yakin suami puan amat menyayangi puan, mungkin beliau menterjemahkannya dari perspektif yang berbeza.
Mokjadeanddell,
Insya-Allah saya akan lakukan. Bab pegang tangan, pernah cuba. Tapi akhirnya kami malu sendiri. Mungkin sebab lebih biasa pegang tangan anak-anak kot.
Hazeleyed Lady
Terima kasih. Semoga kasih sayang ini semakin subur dan berterusan.
Cikgu Jinggo
Terima kasih. Saya suka blog Cikgu Jinggo yang berwarna-warni.
salam
semoga jodoh anda hingga ke hujung usia..amin..
Slmt ulngthn perkahwinan.. moga sentiasa ceria..
Pn Kamsiah,
Terima kasih. Saya juga berdoa sedemikian. Amin
Kak Maiyah,
Saya juga doakan Kak Maiyah terus ceria disamping keluarga tercinta.
Catat Ulasan