Sabtu, 28 Ogos 2010

Mbok semakin uzur


Semalam saya dan keluarga melawat Mbok (ibu mertua saya) di Hospital Teluk Intan. Semenjak saya berkahwin dengan isteri saya, Wardah, inilah kali pertama saya melihat Mbok (ibu mertua saya) dalam keadaan sugul dan tidak sihat. Beliau kurang bercakap dan tidak ceria.

Mbok disahkan menghidap kanser limfoma lebih kurang 3 tahun yang lepas. Pada ketika itu doktor yang merawat beliau mengatakan bahawa tanpa rawatan "chemotherapy" Mbok hanya mampu bertahan selama 18 bulan sahaja. Mbok tidak mahu melakukan rawatan tersebut kerana berdasarkan pengamatan beliau, rakan-rakan lain yang melakukan rawatan "chemotherapy" melalui proses yang menyakitkan dan kebanyakan dari mereka akhirnya meninggal dunia.

Keluarga Wardah bersepakat untuk mencari rawatan alternatif (Ozone Treatment dan "supplement food") dan Alhamdulillah, keadaan Mbok semakin baik. Beberapa minggu yang lepas, Mbok kembali tidak sihat dan rawatan alternatif yang diamalkan nampaknya tidak memberi kesan yang positif. Mbok kerap demam, muntah-muntah dan tidak sedap badan. Kanser tersebut telah semakin merebak. Kelenjar-kelenjar di seluruh badannya membengkak terutamanya kelenjar di perut beliau, semakin membengkak, mengeras dan membesar.

Sekali lagi, selepas 3 tahun, doktor menyarankan Mbok menjalani rawatan "chemotherapy". Mbok bersetuju kerana doktor tersebut memberi harapan yang bengkak di perutnya akan sembuh selepas rawatan "chemotherapy". Saya secara peribadi, tidak bersetuju Mbok menjalani rawatan tersebut. Mbok telah berusia lebih 80 tahun. Saya risau rawatan tersebut akan lebih memudaratkan lagi (kerana faktor umur Mbok).

Saya doakan Mbok segera sembuh dari kesakitan yang sedang beliau tanggung sekarang ini.

Saya rindukan senyuman dan keceriaan beliau.

13 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

salam buat zool..
dengan umur ibu mertua zool.. rasanya nak menahan kesakitan rawatan chemo tu.. agak beratlah juga untuk beliau tanggung...
semuga mbok diberikan kekuatan untuk menahan kesakitan akibat rawatan chemo... Insya'Allah.
Sampaikan salam saya buat wardah...

ZOOL@TOD berkata...

Terima kasih Kak Rahmah. Semoga akak juga bertambah sihat.

Tirana berkata...

Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada Mbok.

hazeleyed lady berkata...

Semuga mbok di beri kesembuhan segera.InsyaAllah

Pn Kartini berkata...

salam...

moga mbok diberikan kekuatan utk melalui keperitan kesakitan yg dilalui..dan diberikan kesembuhannya.....InsyaAllah.

ikan emas berkata...

semoga mbok diberi kekuatan dan tabah..
Insyallah doa dan layanan anak-anak jg menjadi sumber kekuatan pd mbok

Abd Razak berkata...

Salam...

Kita serahkan urusan ini kepada Allah, moga Dia ringankan penderitaan mbok

mokja berkata...

Salam ziarah,
mak saya pun sama umur dgn mbok.Semoga mbok kuat utk dugaan dugaan ini.

Maiyah berkata...

moga mbok di beri kesembuhan.. sabar ye

sudi le kiranya terima kad raya dr sy.. makasih

Guru berkata...

saya doakan mbok kuat dan tabah, dikurniakan Allah kesihatannya kembali

ZOOL@TOD berkata...

Alhamdulillah, mbok semakin baik (BP & demamnya semakin pulih) dan dibenarkan keluar dari hospital semalam. Terima kasih atas doa kalian semua. Semoga Allah memberi kesudahan yang baik buat kita semua. Amin.

“Doa seorang muslim bagi saudaranya yang tidak hadir adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan setiap kali dia berdoa bagi saudaranya itu. Malaikat yang diwakilkan itu pula berkata: “Amin, dan bagimu seumpama (yang didoakan).”
(Hadis riwayat Muslim)

al-lavendari berkata...

salam

dalam situasi ini tidak ada pilihan buat Mbok. samada biarkan atau kimo. saya kira lebih baik buat kimo dari membiarkan sahaja. sekurang2nya kita telah berikhtiar. selebihnya kita serahkan kepadaNya.

ZOOL@TOD berkata...

Salam En Al,
Kami telah mendapatkan nasihat dari beberapa orang pakar perubatan, mereka tidak menggalakkan sesi kimo terapi untuk mbok.

Ini kerana kimo akan membunuh semua sel (sel kanser dan sel baik). Apa yang dirisaukan, untuk mbok yang berusia lebih 80 tahun, dikhuatiri sel baik tidak sempat untuk "re-generate" atau lebih memburukkan keadaan, sel kanser yang akan "re-generate" terlebih dahulu.

Kami meneruskan rawatan alternatif (sepertimana diputuskan oleh ahli keluarga 3 tahun yang lepas).

Terima kasih di atas keprihatinan en Al.