Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. [Al-Anbiya':35]
9/10/2010 jam 11:40am, Mbok menghembuskan nafasnya yang terakhir. Punca kematian "advanced lymphoma and multi-organ malfunction".
Selama sepuluh tahun saya mengenali beliau sebagai "ibu", pelbagai nasihat dan tunjuk ajar yang saya perolehi. Mbok seorang yang peramah, mudah mesra, penyayang, agak sensitif adakalanya cerewet. Tetapi kelembutan mbok amat menyentuh hati saya. Sifat keibuan mbok menjadikan beliau "pakar rujuk" bukan sahaja pada anak-anaknya malah jiran-jiran tetangga dan orang-orang kampung. Adakalanya, mbokmenjadi "jaksa pendamai" di kampungnya.
Mbok memaksa saya memahami bahasa jawa (biasanya mbok akan menggunakan bahasa jawa bila berkomunikasi dengan saya). Beliau amat mengambil berat hal anak-anaknya.
Tiada lagi gurauan, tiada lagi senyuman, tiada lagi nasihat yang akan saya perolehi dari mbok. Apa yang pasti, saya akan merindui mbok.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mbok dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang solehah.
AL-FATIHAH

4 ulasan:
Salam sdra...
Kematian tetap akan datang menemui kita, cuma masa dan ketikanya sahaja tidak kita ketahui.
Semoga Allah tempatkannya di kalangan orang-orang yang dapat menikmati kebahagiaan yang hakiki di sana.
salam
utk pulih dari kepedihan akibat berpisah dek kematian,mmg mengambil masa...bertahun..malah seumur hidup..kita yg tinggal tetap dgn kenangan yg ditinggalkan arwah..
innalillahi wa inna ilaihi ro ji unn
Terima kasih saudara Razak, Pn Kamsiah & Cikgu Normah.
Jika saya selaku menantu terasa begitu kehilangan beliau, tak dapat saya bayangkan perasaan isteri saya.
Catat Ulasan