Hari ini sekali lagi saya merasa sayu bila melihat sebahagian pelajar yang menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Perakaunan di UiTM (Perak) akan menamatkan pengajian mereka. 5 tahun bersama sebahagian para pelajar ini menjadikan mereka begitu "istimewa" bagi saya. Saya pernah mencatat peristiwa yang serupa lebih 2 tahun yang lepas di sini (http://zoolhelmi.blogspot.com/2009/04/minggu-akhir-kelas-semester-april-209.html).
Sebahagian pelajar ini pernah mengikuti lebih dari 2 kursus/subjek bersama saya bermula dari peringkat Diploma (AIS130, MAF270, MAF320, AIS360) hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (MAF635). Mereka telah "masak" dengan perangai saya dan ada yang hampir hafal skrip saya di dalam kelas. Mereka kenal saya dari zaman saya bermisai kontot hingga saya menyimpan janggut.
Saya menolak pelawaan Siti Hajar Mat Isa untuk memberi ucapan pada majlis tersebut kerana saya tahu saya takkan mampu melakukannya dengan baik. Terlalu banyak untuk diperkatakan. Anda semua sememangnya istimewa.
Semoga berjumpa lagi bakal-bakal akauntan sekelian. Dan saya doakan semoga anda semua terus sukses di dunia mahupun di akhirat kelak. Amin
3 ulasan:
sedih dan terharu saya bc post en zool..alhamdulillah, berkat doa en zool saya sekarang menjadi calon ANC..terima kasih atas segala bimbingan dan tunjuk ajar dr en zool..kegagalan dahulu bukan penamat ttp permulaan untuk saya berjaya..
Seperti yang saya nyatakan di dalam entri saya, anda semua sememangnya istimewa. Ramai dari kumpulan ini mampu bangkit dari kegagalan terdahulu. Saya tumpang gembira di atas kejayaan anda semua. Ianya hasil usaha anda sendiri. Kami sebagai pendidik hanya menyampaikan ilmu, untuk menerimanya terpulang kepada anda semua.
salam
saya pasti mereka takkan lupakan jasa tuan samapi bila2...
Catat Ulasan