Rabu, 7 Oktober 2009

Pelajar AC3A beraya di rumah saya








"En. Zool minta alamat, kami nak beraya kat rumah encik."


"Berapa orang yang nak datag?"


"lebih kurang 25 orang"


Sabtu lepas lebih kurang 18 orang pelajar semester 3 Diploma Perakaunan datang ke rumah saya untuk beraya. Mereka merupakan pelajar yang mengikuti kursus MAF220 (Costing 1). Jumlah pelajar di dalam kelas tersebut melebihi 40 orang tetapi tidak semua datang. Kebanyakan dari mereka balik bercuti di rumah masing-masing.


Mereka merupakan antara pelajar-pelajar saya yang baik dari segi perlakuan, tatacara dan menghormati orang yang lebih tua. Wardah dan saya berasa senang menerima mereka sebagai tetamu.


Menu: Kuey Tiau Sup Daging (dan aweh-awehnya), Agar-agar jagung, kuih raya dan Air Berry.


Sambal kicapnya pedas dari biasa menyebabkan ramai di antara mereka kepedasan.

12 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Sedapnya kuey teow sup.. terliur kakcik! (dasar orang kuat makan)..

saja buat sambal kicap pedas, supaya dia orang tak makan banyak, ek??? :)

Unknown berkata...

Mereka merupakan antara pelajar-pelajar saya yang baik dari segi perlakuan, tatacara dan menghormati orang yang lebih tua. Wardah dan saya berasa senang menerima mereka sebagai tetamu.

en zool

saya suka sangat dengan ayat ni.
semuga diorang baca...

Pn Kartini berkata...

Salam
Semoga terus diberikan rezeki yg murah..
Jamu sakan ekk dia org..:):)

Masterzizoul berkata...

salam. Ya rabbi sedapnya menu rumah terbuka nie,,, koey teaw sup lazat tu tapi yang betul sedsap sambal kicap tu... Besar pahala memuliakan tetamu.

Guru berkata...

assalammualaikum

best nya

Aienz berkata...

en zool... bile leh sy, ayu n nisaq dtg... wahhh sedap nyer.....

Maiyah berkata...

salam.. meriahnya ngan bebudak tu, camna en zool dan kak wardah kuarga hrp sihat dan makin ceria

ZOOL@TOD berkata...

Kakcik,
Ini gara-gara penolong chef yang selalu sangat turun ke dapur. CIli lebih dari kicap... he.. he.. he..

Cikgu Jinggo,
Alhamdulillah setakat ini pelajar-pelajar saya semuanya baik-baik belaka.

Pn Kartini,
Amin. Kami menjamu tetamu seadanya.

Materzizoul,
Kami menjamu sekadar termampu.

Teacher,
Meh le singgah sini.

Ain,
Kalau nak datang SMS saya dulu.

Maiyah,
Alhamdulillah kami sekeluarga sihat (selepas lebih seminggu demam + selesema). Saya doakan Maiyah pun sihat juga.

Tirana berkata...

Rajin Zool dan Wardah memasak. Nanti bolehlah kak tirana import tukang masak dari Sri Iskandar ye..hehehe..

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam ...rajinnya kak wardah buat kwe-tiow sup....

zai berkata...

Salam Zool..

Betapa harmoni dan meriah apabila menerima kunjungan tetamu apatah lagi para pelajar yg sememangnya memuliakan guru..

Jelas menunjukkan Zool merupakan seorang pensyarah yg disenangi oleh para pelajar..

teruskan berbakti...

Tahniah buat Zool dan Wardah kerana berjaya membuatkan semua tetamu terasa dihargai..

pecinta_Islam berkata...

best sngt2..hehe..slmt hr rye n maaf zahir batin
:)