Kali terakhir bertemu dengan Sue masa Sue melahirkan bayi kembarnya. Kini bayi kembarnya telah berusia 4 tahun. Pagi 5 Syawal saya menerima SMS dari Sue. Dia berada di rumah kakaknya yang tidak jauh dari kawasan rumah saya. Pada masa itu saya berada di rumah abang Hamdan. Saya meminta Sue untuk datang ke rumah saya pagi 6 Syawal (beraya sambil bersarapan). Petang itu kami bergegas ke TESCO Ipoh membeli barang keperluan. Menu: Cheezy Spaghetti Meatball, nugget, kuih raya dan air sirap (air wajib saya).
Sue merupakan rakan sekelas saya semasa di SEMESTI dan rakan sebilik Wardah. Orangnya peramah dan baik hati. Semasa di ITM Perlis Sue mengambil program Diploma Perbankan (saya mengambil program Diploma Perakaunan). Sue baru melahirkan anak sebelum Ramadhan.
8 ulasan:
salam aidilfitri...
amboi..meriah ek raye..
Nama pun Raye....
wah camni bleh gi umah :)
Meriahnya raya.. lebih teruja bila berjumpa dengan rakan-rakan lama.. :)
salam....hui sedapnyer juadah....
salam, moga persahabatan itu kekal abadi...teringat pula kawan-kawan lama.
assalammualaikum
cantiknya rumah....
Maiyah,
Boleh, tapi kalau sesiapa yang nak datang (kot lalu kawasan Bota ni) tinggalkan mesej kat cbox. Boleh le kami buat persiapan serba sedikit.
Kakcik,
Memang kami sangat teruja. Tambahan pula rakan tersebut agak rapat dengan kami berdua.
Alimaz,
mai la singgah sini kalau nak makan masakan Wardah dan saya (selaku pembantu chef). Tinggal mesej kat cbox kalau nak datang rumah saya.
Aidil,
Saya pun mengharapkan perkara yang sama, Amin.
Cikgu,
Terima kasih.
Catat Ulasan