Khamis, 31 Disember 2009

Tugas dan Tanggungjawab Baru 2010


Alhamdulillah, setelah pelbagai kisah dan peristiwa akhirnya di penghujung 2009 semuanya baik.

Dua minggu lepas saya dihubungi oleh Timbalan Pengarah HEA UiTM Perak, Prof Madya Hajjah Kamsiah Sirat, meminta saya untuk menjadi Koordinator Ijazah Sarjana Muda Perakaunan menggantikan Tn. Hj Hatta Sapwan yang menyambung pengajian beliau ke peringkat Ijazah.

Saya menerima tanggungjawab ini kerana saya melihatnya sebagai suatu kepercayaan dari pihak pengurusan untuk menerajui suatu program.

Azam tahun 2010, sama seperti azam tahun-tahun terdahulu, untuk mempertingkatkan lagi komitmen, usaha dan memperbaiki kaedah pengajaran saya.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua di tahun 2010. Amin.

Ahad, 27 Disember 2009

Eisya dan Pak De Akhi


Abang ipar saya (Mohd Akhiyar) dimasukkan ke Hospital Ipoh Specialist minggu lepas kerana 3 arteri dijantungnya telah 90% tersumbat. Pembedahan pintasan jantung perlu dilakukan dengan segera. Beliau kelihatan amat risau dan banyak bertanya saya berkenaan prosedur pembedahan (berdasarkan pengalaman saya dibedah Oktober lepas). Saya cuba menenangkan beliau dengan menceritakan perkara-perkara positif. Isterinya juga amat risau dan kerap mengalirkan airmata.

Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan beliau akan discaj dari hospital Isnin depan. Semalam Wardah dan saya meluangkan masa melawat beliau di hospital. Beliau kelihatan ceria.

Keadaan Eisya semakin baik cuma badannya makin berisi (kesan steroid) dan kedua-dua mereka (Eisya dan Sarah) begitu teruja untuk kembali bersekolah. Esok ke hospital Ipoh sekali lagi untuk rawatan susulan Eisya.

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (Al-Insyirah 1-8)

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah [teguh pendirian dalam tauhid dan tetap beramal yang soleh] maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. (Al-Ahqaaf:13)

Isnin, 21 Disember 2009

Sydenham's chorea

Eisya disahkan menghidapi penyakit sydenham's chorea cuma ianya tidaklah terlalu serius. Semalam kami membuat rawatan susulan di klinik pakar mata dan pakar jantung. Alhamdulillah kedua-duanya baik.

Ubat yang perlu Eisya makan untuk 1-2 bulan ini penicillin (16 biji sehari) dan sejenis steroid (10 biji sehari). Untuk bulan-bulan seterusnya Eisya perlu mengambil suntikan penicillin setiap 4 minggu selama 10 tahun (hingga umru Eisya 18 tahun).

Isnin, 14 Disember 2009

Bertenang seketika......

Seminggu kebelakangan ini kami sekeluarga agak "sibuk". Saya kurang melayari internet.

Semalam kami sekeluarga tidur di rumah abang Hamdan (abang ipar) di Ipoh.

Ada kisah lain di sebalik kesakitan tangan kirinya. Kami sedang cuba kaedah rawatan alternatif.

Terlalu banyak untuk diceritakan dan buat masa ini saya masih kurang selesa untuk bercerita. Mungkin di entri akan datang apabila Eisya kembali pulih seperti biasa.

Doakan kesejahteraan keluarga kami.

Ahad, 6 Disember 2009

Esok mula bekerja semula


Kesihatan saya belum pulih 100%. Diafragma sebelah kanan saya masih kebas (doktor kata ambil masa 6 bulan - 3 tahun untuk pulih sepenuhnya). Luka pembedahan dibelakang semakin pulih, kebasnya hampir hilang.

Saya masih belum boleh berjalan lama-lama atau berlari. Terasa "lenguh" dan sedikit sakit di bahagian bawah paru-paru sebelah kanan. Boleh ke nak bekerja? Saya seorang pendidik, kerja saya tidak memerlukan pergerakan yang terlalu banyak (tenaga pun tak banyak keluar).

Tambahan pula sekarang ni cuti semester, biasanya kami hanya mengemas kini nota-nota, membuat persiapan untk semester akan datang, berkursus, membuat soalan-soalan peperiksaan atau membaca artikel.

Kalau ikut gambar di atas, rasanya tiada masalah untuk "always give 100% at work".

Khamis, 3 Disember 2009

Eisya dan MRI


Masa H1N1 melanda, Eisya turut demam dan batuk-batuk (kami sekeluarga turut mengalami demam dan selsema). Beberapakali Eisya terpaksa mengambil "nebulizer" kerana kesukaran bernafas. Tidak lama selepas itu tangan kirinya menggeletar luar kawalan.

Semasa bulan Ramadhan saya ke klinik dan doktor tersebut menyarankan saya membuat rawatan lanjut di hospital. Kami terpaksa menangguhkan rawatan ke atas Eisya kerana selepas Aidilfitri saya dimasukkan ke hospital (pneumothorax).

Saya ke Hospital Ipoh (Pediatrik) minggu lepas (25/11/2009) dan doktor menjalankan beberapa ujian ke atas Eisya dan mengambil contoh darah. Doktor memaklumkan mungkin Eisya mengalami jangkitan kuman di otak atau mungkin penyakit chorea atau mungkin tumor. Untuk memastikan punca penyakit Eisya Magnetic Resonance Imaging (MRI) mesti dilakukan. Semalam Eisya menjalani imbasan otak (MRI).

Keputusan penuh akan diketahui pada temujanji seterusnya (17 Disember 2009).

Kami benar-benar cemas dan risau. Kami berdoa semoga penyakit Eisya segera sembuh dan turut berdoa yang telahan doktor itu salah.

Selasa, 1 Disember 2009

Aidiladha 2009 (bahagian ke 2)











Siti telefon, "Abang Cik, kitaorang nak datang rumah petang nanti".

Saya menjawab, "Datang le, tapi kami tak de apa-apa yang special. Kak Wardah demam". Memang benar, kami mengadakan eprsiapan ala kadar. Juadah yang sempat Wardah sediakan, soto.

Tidak lama kemudian makcik saya telefon, "tak payah buat apa-apa, Chu bawak makanan, Nanti kami nak "berkelah" di sana".

Petang Aidiladha Abang Teh, Kak Uda, Siti, Yeop (sepupu) dan Nani (anak Yeop) tiba di rumah kami dengan juadah-juadah Aidiladha yang mereka telah sediakan. (4 kereta dan 1 MPV).

Antara hidangannya: Nasi Minyak, Udang Harimau (masak Butter Prawn), Hati lembu, Ayam masak lemak cili api, rendang tok, rendang daging, nasi himpit + kuah kacang, masak lemak nangka, Mee goreng dan rambutan.

Asalnya kami menyambut Aidiladha dengan menu yang ringkas. Dengan kehadiran ahli-ahli keluarga saya yang lain bersama-sama menu istimewa mereka, hari itu menjadi amat istimewa.