Abang ipar saya (Mohd Akhiyar) dimasukkan ke Hospital Ipoh Specialist minggu lepas kerana 3 arteri dijantungnya telah 90% tersumbat. Pembedahan pintasan jantung perlu dilakukan dengan segera. Beliau kelihatan amat risau dan banyak bertanya saya berkenaan prosedur pembedahan (berdasarkan pengalaman saya dibedah Oktober lepas). Saya cuba menenangkan beliau dengan menceritakan perkara-perkara positif. Isterinya juga amat risau dan kerap mengalirkan airmata.
Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan beliau akan discaj dari hospital Isnin depan. Semalam Wardah dan saya meluangkan masa melawat beliau di hospital. Beliau kelihatan ceria.
Keadaan Eisya semakin baik cuma badannya makin berisi (kesan steroid) dan kedua-dua mereka (Eisya dan Sarah) begitu teruja untuk kembali bersekolah. Esok ke hospital Ipoh sekali lagi untuk rawatan susulan Eisya.
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (Al-Insyirah 1-8)
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah [teguh pendirian dalam tauhid dan tetap beramal yang soleh] maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. (Al-Ahqaaf:13)

9 ulasan:
semuga rakan2 yang ' disakitkan ' diberi kemudahan oleh Nya - dan dipermudah dlm semua urusanNya
alhamdulillah.. mmg en zool.. kita harus sbr n fikir yg positif dan yg paling pnting berdoa pd Allah
kalo kita meminta dgn penuh yakin segala kesulitan dan kesakitan akan dpt kita hadapi dgn setenangnya
moga kuarga en zool akan sentiasa dibwh lindunganNya
assalammualaikum zool
semoga abang ipar zool terusan sihat, begitu juga eisya...
alhamdulillah hi rabbal 'alamin
salam en.zool,
alhamdulillah... segala kesulitan yg dilalui en.zool sekeluarga telah reda~~
semoga abg ipar en.zool kembali pulih seperti biasa~~
juga eisya semoga dikurniakan kesihatan yg baik...
tidak lupa EN.ZOOL juga yg baru pulih perlu menjaga kesihatan
~~INSYA'ALLAH~~
AIN SENTIASA MENDOAKAN~~
syukur kerana semuanya sudah menuju kepada kepulihan seperti sedia kala. Sesungguhnya tiada daya upaya kita untuk menolak apa saja pemberianNya.
Semoga dipermudahkan Allah segalanya...
salam...semoga semuanya selamat....selamat bersekolah semuala....
Terima kasih di atas nasihat dan doa semua.
Syukur!
Doa agar semua...Eisya dan abang ipar En ZOOL terus sehat dan ceria.
Catat Ulasan