Selasa, 27 April 2010

Mencarut


Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca Al-Quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, ALLAH sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah

Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan dalam hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian Rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat di akhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat Rasulullah.

Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika Rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat (privillege) umat Rasulullah amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat Rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh Rasulullah sebagai umatnya.

Mencarut boleh jadi dalam berbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk percakapan bahkan untuk zaman yang serba canggih, internet dan komputer ini, penulisan di blog ataupun di laman web sosial seperti Facebook dan sebagainya menjadi media untuk mereka meluahkan perasaan mereka. Semakin lama semakin mudah untuk kita mencarut. Sehinggakan seorang yang bisu, buta pun boleh mencarut.

Ingatlah, perbuatan yang keji dan terkutuk ini tak sepatutnya ada pada kita sebagai umat islam dan umat Rasulullah. Hidup kita takkan menjadi berkat jika kita dibenci. Bukan hanya dibenci orang, malah ALLAH dan RasulNya pun membencinya. Mana lagi ruang kita nak cari untuk mencari keberkatan?

Dari keberkatan lah kita akan dapat kebahagiaan dunia dan diakhirat, kebahagiaan rumahtangga. Masakan isteri atau suami kita menyukai kita mencarut? selesa dengan cara hidup kita dengan mencarut? Kebahagiaan melalui perkataan carutan? Ada ke? Fikirkanlah.

Kita nak hidup cool, macho, chill, urban, sempoi, chic or wutever term boleh, tapi ada batasannya.

Olahan artikel ibnulatef dari iLuvislam.com

8 ulasan:

syahbandar87 berkata...

sy suka bila sesiapa shja menulis n3 senangtiasa mengingingatkan kpd islam dan Allah serta rasulnya..hmm..sy ada jg baca n3 yg lepas tentang masalah student2 encik tu..

hmm..bila rasa hormat dh x de dlm diri maka semua bnda leh jd.sabar lah en. dngn karenah budak2 muda ni..kdng2 diorng krng mengerti perasaan orng yg jauh lbh dewasa dr mereka..

- jinggo - berkata...

kat sini
hulu selangor
media orang mencarut...ha....
yang pasti itu bukan sesuatu yg seronok untuk didengar....

hidup nak cool

al-lavendari berkata...

kalau kita tidak suka di carutkan orang, jangan mencarut !

Ibu n Abah berkata...

zool,
bila mulut dah terbiasa ckp kasar dan mencarut.. payah nak berubah.. kesian kan? cakap tak berlapik/bersopan mcm org dulu2.. rindu zaman dulu2 bercakap bersopan sgt... dgn guru.. dgn ibu bapa.. dgn org yg lebih tua.. skrg... payah nak jumpa cenggitu. kecuali, anak2 yg telah dididik oleh kedua ibubapa nilai2 kesantunan..

ZOOL@TOD berkata...

Lebih menyedihkan bila golongan yang dewasa dan terpelajar pun turut mencarut.....

maiyah berkata...

makasih ngan peringatan ni..

Abd Razak berkata...

Salam...

Kalau sesuatu seperti mencarut bisa dilazimi maka tak hairan ianya menjadi kebiasaan dan sifat seseorang itu...

Tirana berkata...

Tutur kata kita mencerminkan peribadi dan sikap.. Kalau perkataan kasar yang dikeluarkan, orang tak akan anggap kita seorang yang bersopan begitu juga sebaliknya..


p/s Zool, anything from my blog can be shared samada melalui email atau lain-lain cara.. Go ahead..share with your friends..thank you!