Jumaat, 7 Mei 2010

Tips keanggunan dan kecantikan



1) Sentiasa dalam keadaan wudhu'

“Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya. (Hadith riwayat Muslim)”

“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya) (Hadis riwayat Muslim)”

“Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah saw memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda saw: Sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas. (Hadith riwayat. al-Bukhari)”

”Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)”

2) Mengamalkan doa melihat cermin.
3) Berzikir
Wajah yang cantik berseri lahir dari hati yang tenang.

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Surah ar-Ra'd: 28

Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah S.W.T., serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh-musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong lehermu?” Kemudian para sahabat bertanya, “Apakah itu wahai Rasul?” Beliau menjawab: “Zikir kepada Allah S.W.T.” (Hadith riwayat al-Baihaqi).

4) Melazimkan bacaan zikir berikut.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
Tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau. Maha Sucilah Engkau sesungguhnya aku mengaku bahawa aku adalah dari orang-orang yang melakukan kezaliman.

Wallahhua'lam

Sumber: Olahan semula tips kecantikan dari Al-Kuliyyah TV3

5 ulasan:

qaseh mas berkata...

salam bro zool
terima kasih atas perkongsian ini.semoga Allah membrkati.

maiyah berkata...

sesungguhnya setiap ayat ada kelebihan kan.. dan kita perlu lebih menilainya

Abd Razak berkata...

Salam..

Orang yang sentiasa berwudhuk bermakna ianya sentiasa dalam keadaan bersih dan suci. Apabila bersih dan suci, ianya akan terpancar di raut wajah

Masterzizoul berkata...

Salam, terbaca mengenai Law of attraction, ia seperti hukum graviti. Setiap orang akan mendapat apa yang selalu difikirkannya tidak kiralah samada baik atau buruk. bila melihat doa-doa yang nabi jarakan kepada kita, maka terlihatlah betapa nabi S.A.W mahukan kita senantiasa berfikiran positif dan mengharapkan perkara yang berlaku di dalam kehidupan kita, mana tidaknya setiap perbuatan mempunyai doa, baik makan, melihat cermin, menaiki kenderaan dan lain-lain. Oleh itu, marilah kita mempraktiskan doa-doa yang diajarkan nabi

ZOOL@TOD berkata...

Qaseh Mas, Kak Maiyah, Saudara Razak & Masterzizoul;

Islam itu syumul. Lengkap dari semua aspek.