Rabu, 2 Februari 2011

Kupu-kupu dan perjuangan

Seorang anak sedang memperhatikan perjuangan seekor anak kupu-kupu yang berusaha keluar dari kepompongnya. Ia menunggu berjam-jam dan merasa bahawa sang kupu-kupu kecil kelihatannya tidak mampu untuk mengeluarkan dirinya. Oleh kerana merasa kasihan, sang anak mengambil gunting untuk membuat lubang yang lebih besar agar si kupu-kupu itu dapat keluar lebih mudah. Akibat perbuatannya, memang kupu-kupu itu berhasil keluar, tapi otot-otot sayapnya tidak menjadi kuat dan besar sehingga ia tidak dapat terbang.

Sang anak mendapat pelajaran yang sangat berharga, bahawa sang kupu-kupu memerlukan perjuangan yang keras agar supaya otot-otot sayapnya dapat terbentuk. Niat baik sang anak justeru menghasilkan kecacatan kekal bagi sang kupu-kupu yang malang.

Begitulah juga dalam menuntut ilmu. Kesukaran dan kepayahan yang ditempuhi membuatkan kita lebih bersedia menghadapi cabaran di alam pekerjaan. Apa yang saya perhatikan kebelakangan ini, kebanyakan pelajar mengambil mudah dalam menuntut ilmu. Semuanya telah terhidang dan tersedia.

Sewaktu belajar di ITM Shah Alam dahulu, saya berebut menaiki bas mini hampir setiap hari seawal jam 6:30 pagi untuk memastikan saya sampai ke kelas sebelum jam 7:50 pagi. Saya mencatu belanja makan saya setiap hari kerana wang saku bulanan saya hanya RM80 sahaja. Tambang bas mini RM1.20 dua hala setiap hari. Saya juga perlu mengagihkan sedikit wang belanja fotostat. Setelah membuat pengiraan dengan teliti, makan tengahari saya tidak boleh lebih dari RM1.50 sehari. Apa yang saya makan? Nasi putih, 2 keping "fishcake", sedikit sayur dan air suam. Jumlahnya RM1.20. Hampir setiap hari, menu yang sama.

Itu antara kesukaran yang saya lalui semasa belajar dahulu. Dan kerana pengalaman-pengalaman seperti itulah saya menjadi lebih kuat dan tabah. Alhamdulillah.

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." [Al-Insyirah:5-6]

Cerita kupu-kupu dipetik dari http://jinggo-ecokid.blogspot.com/2011/02/untuk-dikongsikan.html

9 ulasan:

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Kepayahan itu banyak mengajar kita lebih dewasa dalam kehidupan ini.

Hussien, Abu Zaid berkata...

peringatan yang sangat baik... insya Allah akan meneruskan perjuangan sebaik mungkin...

hazeleyed lady berkata...

Ass-salam.
Kak hazel melihat generasi kini yang tak sanggup menghadapi kesukaran...dan suka ambil jalan mudah...

Blissful week ends just for you and family.

al-lavendari berkata...

sebuah analogi kisah kupu2 yang benar sekali.

bukan murid sahaja suka mengambil mudah, orang dewasa pun begitu. kalau bekerja nak cari jalan mudah. kalau berniaga nak cari jalan mudah untuk cepat kaya dan seterusnya.

Ibu n Abah berkata...

en zool..
kesukaran di peringkat awal mengajar seseorang itu lebih kuat dan tabah menhadapi hari esoknya....
banyak contoh yg akak lihat org yg dahulunya susah menjadi senang setelah berjaya mengharungi berbagai ujian kesusahan....

Guru berkata...

susah dahulu senang kemudian... bidalan yang tak pernah salah kan

ZOOL@TOD berkata...

Saudara Abd Razak,
Ada rakan berpendapat, pengalaman merupakan guru terbaik. Banyak contoh bagaimana seseorang mengambil iktibar dari pengalaman yang dilaluinya.

Abu,
Kisah hidup Abu merupakan suatu pengorbanan dan pengalaman yang tak ternilai. Jika Abu mampu mengharunginya, saya percaya Abu akan menjadi seorang yang berjaya.

Kak Hazel,
Pada saya mereka bukan tak sanggup menghadapi kesukaran sebaliknya dilimpahi kesenangan. Itulah cabaran mereka sebenarnya.

Pak Cik Al,
Benar, kisah ini merupakan peringatan buat kita semua. Tiada jalan pintas untuk berjaya.

Ibu n Abah,
Saya suka memberi contoh kisah hidup David Teo (produser filem) yang asalnya seorang pembancuh simen! (senang buat contoh sebab budak2 sekarang ni bukan kenal Pendita Za'ba atau Tun Abd Razak... he.. he..he..)

Cikgu Normah,
Orang melayu kaya dengan bidalan dan kebanyakannya selari dengan ajaran Islam. Sememangnya mereka benyak belajar dari pengalaman terdahulu.

Kamsiah yusoff berkata...

salam
tingat anak sulung saya...jika adik2 bertanya sesuatu...dia tidak terus memberikan jawapan..sebaliknya dia pulak yg bertanya...
"dah habis buat rujukan,semakan..kat buku...kat internet..kat kawan.."
jgn harap la adik2 nak dapat jawapan dgn mudah dari mulutnya...

Maiyah berkata...

assalam..

menarik cite kupu2, mnghadapi situasi dgn sabar akan ada ketenangan