Saya menerima emel di atas semalam, kononnya dari maybank meminta pengguna maybank2u.com untuk log in melalui "link" yang disediakan dan memasukkan nombor "TAC" (Transaction authorisation Code, melalui SMS).
Saya log in menggunakan username dan password yang palsu. Ternyata saya boleh log in dan sistem meminta saya memasukkan nombor TAC. Apa yang berlaku sebenarnya, ada seorang penjenayah siber yang mencuri data (username, password dan nombor TAC) melalui replika "webpage" maybank2u.com. Bila data-data tersebut diperolehi, si penjenayah ini akan membuat pindahan wang ke akaunnya.
Seorang rakan saya telah terpedaya dan hampir keseluruhan wang gajinya hilang sekelip mata. (ribuan ringgit) Lebih malang bila laporan dibuat kepada pihak berkuasa, tiada tindakan diambil (walaupun akaun si penjenayah dapat dikesan) dengan alasan pindahan wang itu sah kerana mendapat izin pemilik akaun.
Bagaimana nak mengelak perkara ini berlaku?
1) Pastikan anda log in secara terus (taip maybank2u.com di ruang address di web browser).
2) Pastikan alamat tersebut bermula dengan https://.
3) Jangan sekali-kali log in menggunakan link.
4) Log out sepenuhnya dan padam segala "history".
Jangan jadi mangsa jenayah siber. Beringat sebelum kena.

8 ulasan:
salam
sorg kawan saya yg keje kt mebenk bgtau
pihak bank tak akan hantar emel utk berurusan dgn pelanggannya
dia akan call terus atau melalui surat menyurat kalau ada apa2 hal
kat inbox saya berlambak emel kononnya dari mebenk..tp saya tak buka pun..terus delete..
mmg page palsu tu sebiji mcm page mabenk yg ori..
Dalam berhati2 pun kadangkala kita terkena. Penjenayah menjadi makin berani bila tiada penguatkuasaan boleh dilakukan. :(
السلم عليكم ورحمة الله
Saya pun sering menerima email dari penjenayah ini atas tujuan hendak mengemas kini akaun saya di Maybank, namun saya tak pernah layan kerana difahamkan oleh pihak Bank bahawa tiada urusan akan dibuat antara Bank dan pelanggan melalui email.
di zaman moden serba lengkap kini, teknologi sememangnya memudahkan kehidupan kita.semuanya berada dihujung jari dimana hampir segenap kelengkapan mampu kita perolehi dengan menggunakan internet.
namum, didalam kemudahan2 tersebut dibelakangnya terselindung risiko-risiko yang harus ditanggung oleh pihak yang menggunakannya.
atas mengelak daripada risiko-risiko inilah saya lebih selesa menggunakan perkhidmatan secara manual iaitu berurusan menggunakan ATM mahupun di pejabat pos.
Namum begitu, kini setelah melalui sesi praktikal, baru saya memahami bahawa dialam pekerjaan, kita tidak punya masa untuk pergi ke pejabat pos mahupun bank. jadi, keperluan ini amat kritikal dan sangat diperlukan oleh masyarakat masa kini. disebabkan itu, saya baru merancang untuk mengaktifkan maybank2u dalam masa yang terdekat ini.
Jadi, peringatan ini amat baik bagi saya yang baru ingin mengktifkan diri dengan aktiviti perbankan internet ini. terima kasih atas peringatan ini En Zool.. ;)
Pn Kamsiah,
Betul tu, pihak maybank telah mengingatkan kita berkali-kali. Tapi kadang-kadang kita bpleh terlupa (macam kes kawan saya tu). Saya sekadar memaklumkan supaya kita jangan alpa.
Kakcik,
Jenayah siber memang sukar nak disabitkan (tiada peruntukan khas dalam undang-undang) danmereka pandai bermain dengan undang-undang.
Saudara Abd Razak,
Terima kasih di atas info tersebut. Biasanya pihakbank akan membuat panggilan secara terus dan membuat verifikasi sebelum urusan diteruskan.
Abu,
Macam jawab soalan test pulak....
hati2...... dan abaikan email yang macam ni/...
semakin skema semenjak buat audit nih... hauhuahuahuahuahuha~
en zool..
terima kaseh berkongsi maklumat mengenai scam ini.. mmg ramai kalangan kita akak terjerat juga dgn helah2 penipu diluar sana...
sama2 kita sampaikan dan maklumkan pd teman2 yg lain.....
Catat Ulasan