Setiap kali bulan Jun saya akan ingat peristiwa ini. Peristiwa ini menyebabkan saya terpakaa menukar kereta kesayangan saya (Proton Isawara 1.3 M (merah)) dengan kereta Gen 2 (A) kerana kesukaran memandu kereta "manual" tanpa "power stearing". Berikut merupakan e-mel yang saya tulis kepada rakan-rakan saya pada 26 Jun 2006 untuk memaklumkan kepada mereka.
Assalamualaikum wbkth & Salam Sejahtera;
Saya mengalami batuk dan sukar bernafas selama lebih kurang 3-4 minggu dan doktor menasihatkan saya membuat pemeriksaan sinar x (x-ray). Saya membuat x-ray pada 06/06/06 pukul 9:00 pagi di klinik swasta dan doktor mengesahkan saya mengalami spontaneous pneumothorax dan saya diarahkan segera ke hospital. Saya terus ke unit kecemasan Hospital Batu Gajah dan doktor terus membuat pembedahan kecil memasukkan "chest tube" ke paru-paru sebelah kanan dan kemudian saya dihantar Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.
Pneumothorax ialah suatu keadaan di mana udara terperangkap diantara tulang rusuk dan paru-paru menyebabkan paru-paru mengecil. Di dalam kes saya paru-paru sebelah kanan saya megecil sehingga sebesar penumbuk (70% ruang paru-paru sebelah kanan dipenuhi udara).
Kaedah rawatan: memasukkan "chest tube" sebesar jari kelingking ke paru-paru sebelah kanan (dari rusuk bawah sebelah kanan hingga ke rusuk atas sebelah kanan (lebih kurang 1 kaki)) untuk mengeluarkan udara tersebut. Chest tube ditanggalkan setelah tiada lagi gelembung udara dan apabila paru-paru mengembang sepenuhnya. Sepanjang chest tube tersebut berada di dalam badan pergerakan saya menjadi amat terbatas (dan menyakitkan) dan terpaksa tidur dalam keadaan separa duduk.
Alhamdulillah saya dibantu isteri saya, Wardah untuk makan, minum dan ke bilik air. Bagaimana pneumothorax berlaku dan siapa yang boleh mengalaminya?
1) Biasanya apabila berlaku hentaman yang kuat ke arah paru-paru boleh menyebabkan pneumothorax (contohnya kemalangan/ kena pukul dengan ah long)
2) Orang yang mempunyai susuk tubuh yang kurus dan tinggi.
3) Perokok.
4) Orang yang menghidap athma atau batuk yang berpanjangan.
Simptom;
1) Sesak nafas dan cepat penat.
Bagaimana saya boleh menghidapinya? Saya pun tak pasti, mengikut kata doktor mungkin ini adalah kesan jangkamasa panjang akibat tabiat merokok saya yang lalu. (Saya merokok dari tahun 1990 -1999).
Saya dimasukkan ke wad dari 6/6 dan chest tube ditanggalkan pada 9/6 dan saya dibenarkan keluar pada 10/6. Hingga hari ini luka dari kesan pembedahan tersebut masih belum sembuh sepenuhnya dan doktor menyarankan supaya saya tidak melakukan aktiviti lasak/ bersukan selama 2-3 bulan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj Ab Razak (Ketua Koordinator Perakaunan pada waktu itu) yang begitu mengambil berat begitu juga rakan-rakan dan handai taulan yang sudi melawat saya dan yang mendoakan saya.
Semoga Allah menganugerahkan kesihatan yang baik buat kita semua.... Amin...