Abah saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 27 Julai 1978. Ketika itu saya berusia 4 tahun. Saya hampir tiada memori bersama abah dan hanya mengenali abah melalui cerita mak, Chu (ibu saudara) dan Ngah (ibu saudara). Gambar yang ada dalam simpanan juga tidak banyak (kurang dari 10 keping). Tiada ayah untuk saya jadikan "role-model".
Bagaimana mahu menjadi ayah yang baik? Saya menjadikan abang-abang saya sebagai contoh (Abang Teh, Andak, Cho dan Alang) dan berdasarkan bahan bacaan. Bila saya berkahwin dan dikurniakan dengan 3 orang puteri dibantu oleh Wardah, saya cuba untuk menjadi ayah yang baik.
Pagi ini saya menerima hadiah sempena hari bapa dari anak-anak saya. Buat Eisya, Sarah dan Amniy ayah ucapkan terima kasih. (Juga kepada ibu Eisya, terima kasih).
Ya Allah jadikanlah saya seorang yang penyabar dalam mendidik anak-anak. Jadikanlah saya seorang ayah yang baik. Amin.
Kepada ayah dan bakal ayah. Selamat Hari Bapa.

3 ulasan:
Tahniah Zool, sy pasti anda adalah srg suami dan ayah yg terbaik buat keluarga anda..tak perlu bercerita dari gambar2 yg tertera sy telahpun dapat mengerti bgm bangganya anak2 anda thdp anda sbg seorang ayah..teruskan berbakti utk keluarga dan moga2 rumahtangga yg dibina kekal sehingga kehujung nyawa..Amin !
Terima kasih
Slmt hari bapa pada Zool, anda tetap sebagai ayah yang terbaik,, sy dah tiada ayah dan anak saya pun tiada ayah tapi tetap akan mengenang ayah.
Catat Ulasan