Rabu, 24 Jun 2009

Subuh Yang Terakhir - Rabbani

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir


Lirik lagu ini begitu menyentuh perasaan saya terutamanya selepas pemergian Mak dan Cho. Hargailah dan sayangilah mereka di sekeliling kita kerana tiada siapa yang tahu bila tibanya ajal.

4 ulasan:

zai berkata...

Mmg lirik lagu ini sungguh menyentuh hati, bergenang airmata ini bila teringat ahli keluarga rapat yg telah meninggal dunia..terasa begitu kehilangan...terlalu rindu pada kenangan indah bersama arwah nenek dan bapa saudaraku yg begitu mulia hatinya..

Abd Razak berkata...

Liriknya mengajarkan kita akan berkasih sesama insan

Aidil Fadzil berkata...

Salam Ziarah...Ingatan itu satu keabadian, terutama kepada insan-insan yang sering kita temui.

Maiyah berkata...

mmg tersentuh apabila ingat org yg dah pegi