Jumaat, 26 Jun 2009

6 Jun 2006 & Spontaneous Pneumothorax

Setiap kali bulan Jun saya akan ingat peristiwa ini. Peristiwa ini menyebabkan saya terpakaa menukar kereta kesayangan saya (Proton Isawara 1.3 M (merah)) dengan kereta Gen 2 (A) kerana kesukaran memandu kereta "manual" tanpa "power stearing". Berikut merupakan e-mel yang saya tulis kepada rakan-rakan saya pada 26 Jun 2006 untuk memaklumkan kepada mereka.





Assalamualaikum wbkth & Salam Sejahtera;

Saya mengalami batuk dan sukar bernafas selama lebih kurang 3-4 minggu dan doktor menasihatkan saya membuat pemeriksaan sinar x (x-ray). Saya membuat x-ray pada 06/06/06 pukul 9:00 pagi di klinik swasta dan doktor mengesahkan saya mengalami spontaneous pneumothorax dan saya diarahkan segera ke hospital. Saya terus ke unit kecemasan Hospital Batu Gajah dan doktor terus membuat pembedahan kecil memasukkan "chest tube" ke paru-paru sebelah kanan dan kemudian saya dihantar Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.

Pneumothorax
ialah suatu keadaan di mana udara terperangkap diantara tulang rusuk dan paru-paru menyebabkan paru-paru mengecil. Di dalam kes saya paru-paru sebelah kanan saya megecil sehingga sebesar penumbuk (70% ruang paru-paru sebelah kanan dipenuhi udara).

Kaedah rawatan: memasukkan "chest tube" sebesar jari kelingking ke paru-paru sebelah kanan (dari rusuk bawah sebelah kanan hingga ke rusuk atas sebelah kanan (lebih kurang 1 kaki)) untuk mengeluarkan udara tersebut.
Chest tube ditanggalkan setelah tiada lagi gelembung udara dan apabila paru-paru mengembang sepenuhnya. Sepanjang chest tube tersebut berada di dalam badan pergerakan saya menjadi amat terbatas (dan menyakitkan) dan terpaksa tidur dalam keadaan separa duduk.

Alhamdulillah saya dibantu isteri saya, Wardah untuk makan, minum dan ke
bilik air. Bagaimana pneumothorax berlaku dan siapa yang boleh mengalaminya?

1) Biasanya apabila berlaku hentaman yang kuat ke arah paru-paru boleh menyebabkan pneumothorax (contohnya kemalangan/ kena pukul dengan ah long)


2) Orang yang mempunyai susuk tubuh yang kurus dan tinggi.


3) Perokok.


4) Orang yang menghidap athma atau batuk yang berpanjangan.


Simptom;

1) Sesak nafas dan cepat penat.


Bagaimana saya boleh menghidapinya? Saya pun tak pasti, mengikut kata doktor mungkin ini adalah kesan jangkamasa panjang akibat tabiat merokok saya yang lalu. (Saya merokok dari tahun 1990 -1999).


Saya dimasukkan ke wad dari 6/6 dan chest tube ditanggalkan pada 9/6 dan saya dibenarkan keluar pada 10/6. Hingga
hari ini luka dari kesan pembedahan tersebut masih belum sembuh sepenuhnya dan doktor menyarankan supaya saya tidak melakukan aktiviti lasak/ bersukan selama 2-3 bulan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj Ab Razak (Ketua Koordinator Perakaunan pada waktu itu) yang begitu mengambil berat begitu juga rakan-rakan dan handai taulan yang sudi melawat saya dan yang mendoakan saya.


Semoga Allah menganugerahkan kesihatan yang baik buat kita semua....
Amin...

8 ulasan:

MaMa MoDeN berkata...

salam
saya sekeluarga pernah mngalami keadaan dimana 4 sekeluarga saya diserang denggi hingga terpaksa bermastautin di hosp lebih kurang 10 hari.

masa tu pula saya baru bbrapa hari mlahirkan anak k7.

bila anak2 sakit tak apa lagi suami ada tp bila suami pula diserang denggi saya mula patah kaki, hingga saya nekad memandu kereta menguruskan hal keluarga ketika saya baru 12 hari melahirkan.

Alhamdulillah tiada apa2 yg tidak diingini berlaku....

Maiyah berkata...

salam, ini mengingatkan saya ketika kemalangan dulu, tebuk oksigen melalui leher dan masuk chest tube untuk sedut air dan darah yang byk kat paru2. tapi saya dlm keadaan tak sedar, koma.

ZOOL@TOD berkata...

Allah telah menarik sebentar nikmat bernafas dan saya merasa begitu sukar.

Dugaan yang saya lalui tidaklah sehebat orang lain tetapi telah memberi kesedaran kepada saya tentang nikmat yang telah Allah kurniakan.

zai berkata...

Salam Zool,
Semoga itu adalah kali terakhir sdr zool masuk hospital insyaAllah, sy sendiri pernah admitted beberapa hari kat hospital sbb demam panas dan pernah juga jaga suami masa dia kena demam denggi dan saat itu juga merupakan saat yg mencemaskan sbb satu saya memang takut jarum dan satu lagi takut meninggal tak sempat bertaubat...

BUJANG SUSAH berkata...

Semoga saudara zool cepat sembuh...

ZOOL@TOD berkata...

Alahai, terima kasih di atas doa saudara bujang susah. Kes ni tahun 2006.

Alhamdulillah, saya telah sembuh sepenuhnya.

naja berkata...

Assalam.encik..saya pn pernah dimasukkn chest tube akibat jangkitan..persoalannya skrg kalau saya sendawa atau mnguap..paru2 saya sampai ke pinggang rasa sakit...encik ada alami sakit mcm tu x..kalau ada, bole tahu ke knpa

Unknown berkata...

Assalammualaikum...7/11/2018 sy d serang pneumothorax..pd hari tersebut jgk sy bru tahu mngenai pnyakit ini...bagaimana dgn keadaan tuan skrg?