Khamis, 18 Jun 2009

Mbok

Semenjak pulang dari kampung (Bagan Datoh), Mbok (ibu mertua saya) tinggal di rumah kami (sementara menunggu temujanji untuk "ozone treatment" akan datang). Anak-anak saya begitu gembira dengan kehadiran Mbah mereka (termasuk saya).

Cuma kebelakangan ini Mbok agak cerewet mungkin kerana tidak betah menetap di tempat "lain". Saya tahu Mbok rindukan rumahnya, ayamnya, kebun kelapanya dan rakan-rakan sekampungnya. Apakan daya, semenjak kesihatannya yang makin tidak menentu (kerap demam menggigil dan bisa-bisa badan) kami mengambil keputusan untuk "menahan" Mbok dari pulang ke kampung dengan alasan "ozone treatment" tersebut. Walaupun keadaan kesihatan Mbok makin baik, Mbok tidak secergas dulu (mungkin kerana faktor umur yang mencecah 80 tahun).

Kebetulan adik-beradik Wardah ramai yang tinggal di Perak. (Abang Hamdan (anak ke 2) di Ipoh, Abang Azam (yang ke 4) di langkap, Abang Akhi (yang ke 5) di Ipoh dan Wardah (yang ke 8) di Seri Iskandar). Rumah kami lebih meriah 2-3 hari kebelakangan ini kerana kerap menerima tetamu (Abang Azam, Abang Akhi dan Abang Hamdan kerap melawat Mbok di rumah kami). Sebelum ini Mbok tinggal dengan abang Hamdan dan abang Akhi.

2 ulasan:

zai berkata...

Semoga Mbok akan segera sembuh dan ceria, sy sndr mempunyai ibu mertua berusia 71 tahun tapi alhamdulilah masih sgt sihat dan masih menguruskan cucu2nya anak2 adik ipar saya..itu yg sedikit menyedihkan...

ZOOL@TOD berkata...

Pn. Zai,
Pada pendapat saya tak salah jika opah menjaga cucu, cuma sebagai anak kita kena tahu batasan (menghormati ibu sebagaimana dalam disarankan oleh baginda Rasullullah S.A.W.).

Jangan sampai menganggap ibu macam orang gaji (tanda-tanda kiamat tu, ibu melahirkan majikannya).