Khamis, 3 Disember 2009

Eisya dan MRI


Masa H1N1 melanda, Eisya turut demam dan batuk-batuk (kami sekeluarga turut mengalami demam dan selsema). Beberapakali Eisya terpaksa mengambil "nebulizer" kerana kesukaran bernafas. Tidak lama selepas itu tangan kirinya menggeletar luar kawalan.

Semasa bulan Ramadhan saya ke klinik dan doktor tersebut menyarankan saya membuat rawatan lanjut di hospital. Kami terpaksa menangguhkan rawatan ke atas Eisya kerana selepas Aidilfitri saya dimasukkan ke hospital (pneumothorax).

Saya ke Hospital Ipoh (Pediatrik) minggu lepas (25/11/2009) dan doktor menjalankan beberapa ujian ke atas Eisya dan mengambil contoh darah. Doktor memaklumkan mungkin Eisya mengalami jangkitan kuman di otak atau mungkin penyakit chorea atau mungkin tumor. Untuk memastikan punca penyakit Eisya Magnetic Resonance Imaging (MRI) mesti dilakukan. Semalam Eisya menjalani imbasan otak (MRI).

Keputusan penuh akan diketahui pada temujanji seterusnya (17 Disember 2009).

Kami benar-benar cemas dan risau. Kami berdoa semoga penyakit Eisya segera sembuh dan turut berdoa yang telahan doktor itu salah.

19 ulasan:

Guru berkata...

assalammualaikum

saya juga doakan perkara yang sama untuk Eisya. ameen

Maiyah berkata...

moga eisya tak pape.. hrp en zooll tabah n jgn terlalu risau.. nanti bgtau prkembangannya ye

_missRamdhan_ berkata...

salam..
smoga sir n family sabar n tabah k..
i.allah smuanya kmbali baik..amin..

Abd Razak berkata...

Salam sdra...

Ujian buat sdra, terimalah seadanya kerana itu semuanya dari yang Maha Berkuasa...moga Allah angkatkan darjat sdra sekeluarga

Ibu n Abah berkata...

Zool,
Akak doakan mudah-mudahan eisya tak der apa2 penyakit yang memudharatkan kesihatannya, Semuga eisya cepat sembuh.

Hanisham Ab Halim berkata...

Zool,
Saya doakan Eisya takde apa-apa... Semoga dia akan sehat semula seperti biasa.. Amin..

Tirana berkata...

Mudah-mudahan Eisya tak ape2...bersabarlah...

hazeleyed lady berkata...

Ass-salam Zool
Harap Zool sekeluarga tenang dan tabah.Kakak doakan yang Eisya sehat sahaja dan dijauhi dari segala kemudaratan...InsyaAllah.

Unknown berkata...

semoga eisya cepat sembuh ;)

ZOOL@TOD berkata...

Terima kasih di atas doa semua. Moga dimakbulkan Allah. Amin.

ummu berkata...

Salam En zool
semoga Allah beri rahmat dan aksh sayangNya buat encik sekeluarga atas musibah yang melanda.semoga adik eisya sihat...

Hussien, Abu Zaid berkata...

Saya juga mendoakan yang terbaik untuk Adik Eisya...

Semoga dia cepat sembuh... :-)

Aienz berkata...

salam en.zool,

ain mendoakan semoga eisya dikurniakan kesihatan yang baik... dan semoga en.zool sekeluarga tabah mengharungi ujian Allah SWT.. amin..

Pn Kartini berkata...

Salam Zool..
Maaf krn lwt memberi komennya..actually n3 ini tlh lama dibaca...Namun tdk sampai hati utk berkata apa2..betapa berat dugaan yg dilalui dan yg dirasai zool & wardah..mula dgn IJN ..now anakanda Eisya pula....

Apa yg mampu ..hanyalah mendoakan agar Zool & Eisya kan diberikan kesihatan yg baik...Sabar atas dugaan..InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua ini...

ZOOL@TOD berkata...

Terima kasih buat Abu dan Ain.

Pn Kartini,
Saya pun sebenarnya mengambil masa untuk menulis entri ini. Saya susah hati.

Alhamdulillah saya sekeluarga mendapat sokongan dari keluarga. Dan Alhamdulillah rakan-rakan yang lain turut mendoakan. Terima kasih

Kamsiah yusoff berkata...

semoga si comel tu tak apa2...semoga selsemanya tempohari biasa2 ja..ya ALLAH..tak sanggup saya lihat anak kecil kesakitan...

Unknown berkata...

Bersabarlah dengan setiap ujian Allah, semoga kehidupan lebih diberkati dalam setiap keredhaan... InsyaAllah semuanya akan mendoakan beliau selamat..

ZOOL@TOD berkata...

Benar Kak Kamsiah, saya rasa begitu sebak apabila anak-anak menderita kesakitan. Kami berdoa semoga Eisya sihat.

Nije, terima kasih kerana turut mendoakan.

daingz berkata...

Zool,
Semoga Eisy sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit yg doc maksudkan...

FYI me, my hubby & my kids juga ada athma attack... selalu juga... bila kene neubalize... mmg akan berlaku getaran pada tgn.. atau rasa berdebar yg kuat... then rasa cam sleepy... nak cakap pun cam org kene parkinson... tapi after 2 hrs.. atau tido... semua kesan tu akan hilang...

get second opinion.. jangkitan viral mmg banyak berlaku skng nie.. terutamanya bila kanak2 demam... must make sure antibiotik habis n jika terluang google lah utk dptkan info ubat dari tumbuhan..

Semoga Zool & wardah.. sentiasa kuat...