Jumaat, 23 April 2010

Silap di mana ya??

Saya menerima mesej di Facebook (di wall saya di mana semua orang boleh membacanya). Mesej tersebut dari pelajar saya yang bakal menduduki peperiksaan akhir untuk kertas ETR300 (asas keusahawanan). Pelajar tersebut antara pelajar-pelajar yang agak "kurang sopan" di dalam kelas saya, di mana saya telah nyatakan dalam entri sebelum ini (klik di sini). Mesej tersebut seperti di bawah.

Mungkin apa yang saya tulis itu bunyinya agak kasar. Sebenarnya saya agak marah pada ketika itu selepas terbaca entri ini (yang menunjukkan status pelajar tersebut) sebelum peperiksaan tersebut (ketika mereka sibuk menyiapkan "business plan")
Selepas saya membalas mesej pelajar tersebut, dia bertindak memadam kesemua mesej dan entri di atas. (Dia terlupa saya seorang pensyarah yang celik IT dan telah menyimpan "softcopy" entrinya). Kemudiannya pelajar itu menghantar "private message" kepada saya.

Saya menulis entri ini bukan untuk memalukan pelajar tersebut sebaliknya saya mahu orang lain (terutamanya yang masih belajar) mengambil iktibar. Semoga Allah membuka pintu hati pelajar-pelajar ini untuk berubah. Amin.

6 ulasan:

al-lavendari berkata...

syabas.. bukan semua orang kuat semangat macam anda untuk menangani kekurangan susila pelajar semacam itu.

apa yang sebenarnya tidak kena sekarang ni ? di mana silapnya ? entahlah ...!

Ibu n Abah berkata...

zool..
bezanya anak 'murid' sekarang dengan masa kita dahulu... banyak sangat dah cerita yang tak menarik mengenai anak 'murid' ini. Kalau dulu kita sungguh sayangkan dan hormat dengan guru kita. Dengar cikgu bersin dari tangga pun kita satu kelas boleh senyap dari bising.
semuga murid-murid zaman ini akan lebih bersikap sopan terhadap guru yang mengajarkan ilmu. Insya'Allah..

hazeleyed lady berkata...

ass-salam
...masalah yang kita sebagai pendidik memang sama...
pelajar sekarang semakin kurang adab...dan ini amat menyedihkan.

Guru berkata...

en zool

memanglah anak2 muda kita sekarang
bercakap bahasa kasar semata menunjukkan dia cool dan urbanised

kalau di sekolah, mungkin kita boleh kata diorang tak matang
tapi dah di institut pengajian tinggi, takde alasan sebenarnya kan

ZOOL@TOD berkata...

En. Al, Ibu n Abah, Hazeleyed dan Kak Normah;

Kadang-kadang saya tertanya2 kenapa pelajar2 kita semakin kurang sopan kebelakangan ni? Mungkin "approach" saya ni tak cukup "cool" kot?

Apa yang pasti di semester-semester hadapan saya akan lebih tegas lagi.

yusoff rusli berkata...

salam..
en zool da ckup cool...sy snang dgn cra en zool..same2 respek...mybe diorg neh kurang didikkan agama..kalo didikkan agama cantik..insyaallah benda2 mcm ni x jd..all the best...