Khamis, 5 Ogos 2010

36


Hari ni genap usia saya 36 tahun.


Alhamdulillah saya masih mampu menikmati nikmat hidup dan saya berdoa semoga sisa hayat saya ini dipenuhi dengan perkara-perkara bermanfaat yang bakal membantu saya di kehidupan di akhirat kelak.


Tepat jam 12:00 malam saya menerima seutas jam tangan "sporty & trendy" dari isteri saya. Sangat cantik dan menarik.


Di facebook saya menerima banyak sekali ucapan dan doa (pelajar-pelajar, rakan-rakan dan ahli keluarga) sempena hari kelahiran saya. Terima kasih saya ucapkan.


Dan pagi ini, bila saya membuka email, saya menerima ucapan selamat hari lahir dari Naib Canselor UiTM. Walaupun ianya dihantar seara automatik oleh komputer namun ianya amat bermakna buat saya. Bak kata Prof Dr Muhd Kamil " kecil tapi signifikan".


Terima kasih buat semua.

5 ulasan:

Tirana berkata...

Selamat harijadi buat Zool. Semoga dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Baru 36, masih muda gitu..hehehe

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

laaaaaaaa en zol baru 36 yer.... cik abe saya dalam 32 .. tak jauh la usia ya... anyway selamat hr lahir semoga diberkati umur dan dilimpahi nikmat rezeki....aminnnn

hazeleyed lady berkata...

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 36. SEMUGA BAHAGIA DAN SENTIASA DIRAHMATI, DI ANUGERAHKAN KESIHATAN DAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH DARI ALLAH.

Guru berkata...

semoga sentiasa dalam rahmat Allah
da diberi kebahagiaan hidup dunia akhirat

terbaru dari saya : sindrom anai-anai

ZOOL@TOD berkata...

Kak Tirana,
Betullah tu, muda dari orang 37 tahun....

Alimaz,
Umur tua, hati tak berapa tua lagi....

Hazeleyed,
Hargai nikmat kesihatan. Amin

Kak Normah,
Amin