Sabtu, 22 Januari 2011

Allahyarham Meor Hairul Anuar (1974 - 2011)


Saya mendapat berita yang menyedihkan dari seorang "junior" semasa menuntut di SEMESTI memaklumkan bahawa salah seorang rakan saya (SEMESTIAN 4th batch) Meor Hairul Anuar telah kembali ke Rahmatullah ketika sujud (solat maghrib) lebih kurang dua minggu yang sudah di Ipoh.

Saya tidaklah begitu akrab dengan beliau. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar semasa di SEMESTI. Sewaktu saya dan rakan-rakan yang lain sibuk dengan aktiviti-aktiviti "nakal" kami, beliau sibuk dengan aktiviti surau. Beliau sering menjadi tempat rujukan kami sekiranya terdapat kemusykilan tentang hal agama Islam.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Glasgow dan sekembalinya ke Malaysia, beliau memilih untuk hidup sederhana.

Agak terkilan kerana selama 10 tahun saya menetap di kawasan Batu Gajah dan Seri Iskandar, tiada sesiapa memaklumkan kepada saya yang Allahyarham tinggal di Batu Gajah dan bekerja di sekitar Ipoh.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

AL-FATIHAH

5 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman..

Maiyah berkata...

assalam..
Al fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat

ZOOL@TOD berkata...

Saudara Abd Razak & Kak Maiyah,

Allahyarham telah mula solat tahajjud seawal Tingkatan 1 (13 tahun). Sering menjadi imam solat 5 waktu. Seorang yang disegani walaupun beliau seorang yang bertubuh kecil. Saya kagum dengan beliau.

hazeleyed lady berkata...

MasyaAllah.
Al Fatuhah buat sahabat ini...
Semuga Allah menrahmati roh beliau.
...mati itu pasti...hanya kita mengharapkan allah permudahkan sepertimana sahabat ini.

ummu berkata...

assalamualaikum encik zool
masya Allah
subhanallah
alhamdulillah
allahu akbar
bertemu kekasih di saat paling indah....
al fatihah untuk allahyarham Mior.
nasib diri ini belum tahu lagi bagaimana nanti...