Jumaat, 28 Januari 2011

Ilmu dan Harta


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA katanya:

“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” [Hadis Riwayat Bukhari]

Huraian

Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya?

Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji.

Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya.

Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Tentu sekali ilmu kerana seperti kata Saidina Ali “Ilmu akan menjaga diri mu sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.”

Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah Ta'ala iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Sumber: Emel rakan sekerja (En Md Azmi Mohd Sukaimi, Pensyarah UiTM Perak)

6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Salam....

Kekayaan dan ilmu yg Allah beri juga ada kalanya sebagi ujian atas keimanan kita. Sejauh mana kita redha memperuntukkan sebahagiannya kepada mereka yg berhak menerimanya.

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Salam Ziarah, Auntie selalu berdoa agar 'kaya' didunia dan akhirat kerana Allah.

Kaya membawa banyak erti..
Kaya budi bahasa, kaya dgn zuriat, kaya ilmu dan kaya harta benda dsb.
Tapi segala2nya utk jalan Allah.

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

doakan untuk kekayaan dan kekayaan itu membawa kitya kesyurga....

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Tak salah kita mencari kekayaan asalkan kekayaan itu disalurkan kepada jalan yang diredhai oleh Allah Taala..

Begitulah juga ilmu ianya dituntut ia memandu kita ke jalan yang benar..

ZOOL@TOD berkata...

Saya sering berseloroh dengan rakan saya yang lebih "berada", "Dekat akhirat nanti tak nak beratur belakng engkau, nanti lambat masuk syurga sebab engkau banyak harta nak kena hisab".

Setuju dengan pendapat Kakzakie, Pn Marina Monroe, Alimaz dan Saudara Abd Razak. Tapi banyak di depan mata bila kekayaan di dunia membutakan mata hingga terlupa akhirat.

Begitu juga dengan ilmu, ada manusia begitu angkuh dengan gelaran "Dr". Semoag kita tidak tergolong dalam golongan-manusia sebegini.

Ibu n Abah berkata...

en zool..
memang indah hadis riwayat bukhari ini..
sangat baik dikongsi bersama-sama...