Selasa, 25 Januari 2011

Fitnah


Pelbagai maklumat diperlolehi melalui internet. Tanpa batasan, tanpa sempadan dan tanpa kekangan. Mungkin kerana itulah semakin hebat berita-berita yang tidak tepat, lebih teruk lagi, berita palsu, fitnah, pembohongan dan caci-makian terutamanya di blog-blog. Lebih menyedihkan, kebanyakan blogger tersebut mengucap dua kalimah syahadah. Barangkali mereka terlupa nilai-nilai murni dan adab-adab di dalam Islam.

Dahulu saya pernah meluahkan rasa kesal saya terhadap blogger-blogger yang mencaci dan meghina mereka yang telah meninggal dunia. Pelbagai kata nista dilemparkan. Lebih angkuh bila seorang blogger menghina isteri Rasulullah dan mempertikaikan tindakan para sahabat Rasulullah yang telah dijanjikan syurga.

Terkini, pelbagai hinaan, makian dan cacian terhadap calon-calon yang bakal bertanding pilihanraya kecil. Sebagai seorang Islam, saya terpanggil untuk mengingatkan diri saya, blogger-blogger dan pengunjung blog ini.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Antara dosa sesama manusia termasuklah fitnah.

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” [Al-Hujurat:6]

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa yang sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu. Mungkin untuk mencari publisiti.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim].

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti. Kenapa muflis? Kerana di akhirat "urus niaga" dalam bentuk pemberian pahala dan dosa. Seandainya tiada lagi pahala, maka kita terpaksa menanggung pula dosa orang yang kita fitnah sebagai tebusannya.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.”[Al-Hujurat:12].

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah.

Sumber: Olahan semula dari pelbagai artikel dan forum

8 ulasan:

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

untuk mengelak fitnah jangan dengar calap org melainkan kita tengok dan dengar sendiri...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Pernah dengar ustaz sebut dalam ceramah agama, sungguh fitnah itu lebih buruk dari berzina dengan mak sendiri

Kamsiah yusoff berkata...

mengumpat-mengata seseorang dibelakangnya
fitnah-mengada2kan cerita
dua2 sama ja dosanya...tak diampun ALLAH selagi empunya diri yg diumpat,difitnah tak memaafkan kita

ZOOL@TOD berkata...

Alimaz,
Kita manusia selalu ter"babas". Lupa kelemahan diri, malah sibuk dengan kelemahan orang lain. Tak cukup dengan itu, tambah dengan perkara-perkara yang tidak benar.

Saudara Abd Razak,
Saya juga pernah mendengar perumpamaan tersebut tetapi tidak pasti samaada ianya sekadar pendapat atau berlandaskan hadis sahih/ hassan. Jadi, saya tak berani nak memperincikannya, takut-takut salah tafsiran.

Kak Kamsiah,
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang muflis di akhirat kelak.

ummu berkata...

assalamualaikum encik zool
fitnah memang sangat menyakitkan
sangat bahaya dan sangat busukkk...

Kamsiah yusoff berkata...

depa tak heran dgn berbagai akta hasutan...walaupun dah ramai yg diseret kemuka pengadilan...dek hasutan kat alam maya ni

ZOOL@TOD berkata...

Ummu,
Implikasi fitnah sangat dhsyat. Sangat merbahaya.

Kak Kamsiah,
Dek kerana terlalu seronok "menyelak kain orang", bukan sahaja mereka tidak takutkan undang-undang malah tidak takut kepada Allah.

Tanpa Nama berkata...

Coin Casino Review | No Deposit Bonus Codes 2021 - CasinoWow
The Coin Casino Review. If you are new to casino, you will be greeted by an assortment of bonuses, kadangpintar promotions, 인카지노 and many more. Read our 바카라 사이트 casino review now!